oleh: sukamakanje SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Sambal_tempoyak1

Tak pasti resepi asal mana..tapi kalu buat ni makan ngan nasi putih panas saje pun sedap sesgt.......


Created on : 23-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sukatan ni bergtg kpd byk mane selera korang )

  • 10-12 biji cili padi (ini pun bgtg kpd thp ketahanan korang terhadap kepedasan cili)
  • segenggam ikan bilis (bersihkan dan rendam sampai lembut sikit)
  • 4 sudu besar tempoyak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk cili sampai lumat. Kemudian dlm lesung yang sama tambah ikan bilis. Tumbuk sampai ikan bilis pecah-pecah.
  2. Tambah tempoyak dan secubit garam kemudian gaul sehingga sebati
  3. Panaskan minyak, tumis campuran tadi sehingga garing..angkat dan hidang.
  4. Tips:
  5. 1. Kalau nak warna sedikit merah guna cili merah dan hijau.
  6. 2. Mesti sentiasa kacau sampai garing. Jgn biar di atas api tanpa kacau kerana ia akan cepat hangit
  7. Resepi ni boleh tahan lama (up to 3 days....)

Tag





Laporan Masakan Bergambar (1)

Tempoyak_goreng
19-01-2008
Baru wat tadi, sedap...!
Laporan oleh: AlongRoz

Komen (4)

24-08-2007, ema komen :

selalunya kite tak letak garam, sebab tempoyak selalunya dah masin. tapi kita gantikan dengan gula. ikan bilis pulak ganti ngan udang. ulam pulak ngan kacang yang bersegi tu.. nyam.nyam.nyam


24-08-2007, **Ling388** komen :

hihi...apa tu tempoyak?sy ni sabahan...hehe~~


24-08-2007, jannatulfirdaus komen :

tempoyak tu isi durian yg diperam dengan garam. peram paling sekejap pun seminggu....cubalah Ling388 pasti you suka....best sgt2...nak wangi tambah daaun kesum or bunga kantan...fuyooo....makan tak toleh org dah...


20-09-2007, szjalaludin komen :

kecur air liur baca komen u all ni. ini yang tak sabar nak balik keje petang ni-nak masak untuk buka pose! harap-harap jadila


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu