oleh: Mat Gebu Nyonya Kerabu Pasta

Step_by_step_352

Wangi, pedas dan harum......idea asal dari "Amy Beh"......makan slow2 ok!!!


Created on : 23-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 180 g spaghetti, celur ikut arahan pada bungkus, toskan dan gaul dgn sedikit minyak
  • 8 - 10 ekor udang besar, bersihkan dan celur 30 saat. Toskan. Simpan air rebusan
  • Bahan A:-
  • 4 biji bawang merah kecil ,dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
  • 1 camca besar hirisan daun ketumbar
  • 1 camca besar hirisan daun bawang
  • 1 camca besar hirisan daun pudina
  • Bahan B:-
  • 6 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan, dibakar
  • Secubit garam dan gula
  • 1 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Bahan C:-
  • 4 camca besar jus limau kasturi
  • 2 camca besar stok udang (guna air rebusan udang diatas)
  • 1 camca besar gula
  • 1/2 kiub pati ayam "MAGGI"

Cara-cara

  1. Step_by_step_349
    Tumbuk bahan2 B, kecuali limau kasturi, hingga lumat. Masukkan jus limau kasturi, gaul rata. Ketepikan.
  2. Step_by_step_350
    Dalam satu bekas, masukkan 3 camca besar sambal belacan (no.1) dan bahan C, gaul hingga sebati. Masukkan spaghetti, udang celur dan semua bahan A. Gaul hingga rata dan mesra.
  3. Step_by_step_348
    Hidangkan segera. Boleh kurangkan sambal belacan jika tak kuat pedas. Udang tadi jgn lupa dibuang kulit dan juga urat nya.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (12)

23-08-2007, rossitamz komen :

Alamak...saya tengah puasa ni. Nampak spaghetti ni terasalah laparnya...cam sedap aje..


23-08-2007, iEja_MAybaNk85 komen :

xda cara2 pun abe mat... heee.. SEDAP nyerr!! waaarghh lapa arr. Udang tu Posing baik ja ateh spaghetti :D NyUm..NyuM


23-08-2007, peekaboo komen :

Wah..wah...seeedapnnyaaaa..... udangnya tu mengamcam sungguh.... siap ada belacan lagi kalo bg orang italy makan nii....memag sah...diorang kata buono(sedap)..... hee..heee....


23-08-2007, Olah komen :

Memang nampak best... tapi saya masih mencari resepi pasta carbonara yang best, creamy & senang.. Cik Mat ada tak resepinya... letak lah kat sini....


23-08-2007, junjs11 komen :

alaaa.. mat, nak la sket...nak mkn slow2 ni...heheh


23-08-2007, Ringo komen :

oriental sungguh..... mat saleh makan bleh sengau nih... ada belacan. hihihi...


23-08-2007, mrsdayat komen :

hihii...ni yg aritu chef wan bising..die kate.."korang ni mintak resepi italy..tp nak jugak masuk belacan.."..ekekeke


23-08-2007, joayee komen :

mat, ini resepi cina peranakan ker? kat msia memang depo guna spaghetti jugak..resepi lain dari yg lain..interesting


23-08-2007, umi_e komen :

umie suka bila cik mat tempek resipi sebab ada extra gambar dalam 'CARA' membuat dan sering berikan 'CARA' Step-by-Step yang menampakkan keikhlasan cik mat untuk berkongsi dengan kawan2 :) Thanks cik mat! Harap kawan2 yang lain dapat jadikan cik mat sebagai contoh ;)


23-08-2007, junjs11 komen :

lama x nampak umi....mana menghilang? mcm la jun selalu ader..hehehe


23-08-2007, peekaboo komen :

makin kembang dan mengebulah cik mat kita..dek puji oleh umi..hee..hee..


23-08-2007, Mat Gebu komen :

Lepas ni habis runtuh katil, kerusi yg mat duduk sebab 'kembang' setaman dah kena puji dgn umie..ahakss...kak hani, kalau mat saleh makan nie bukan setakat leh sengau....terus mengucap dia!!!!....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu