oleh: yani Roti bunga

Rotibunga

sebiji roti dengan pelbagai jenis inti


Created on : 22-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani




Share


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3g garam
  • 16g shortening/lemak sayur
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • =========OPTIONAL===================
  • wulnut
  • kismis
  • sosej
  • cheese
  • coklat
  • plum

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker ikut turutan. Pilih menu untuk buat doh roti. ON kan
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Rotibunga
    Ambik satu doh roti. Canaikan. Potong seperti dalam gambar. Setiap bahagian letaklah inti yg berlainan. Inti ni boleh letak apa saje yg sesuai.. ikut selera masing-masing.
  5. Rotibunga2
    Buatlah bentuk bulat. Aturkan biar jadi bentuk bunga. Ulang untuk semua doh roti yg lain.
  6. Biarkan roti naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur. Bakar dalam oven selama 12 minit pada suhu 180C
  7. Rotibunga3
    Kalau nak roti nampak lebih perang. Biarkan dalam oven selama 5-10minit sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan roti di atas radar kek.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Flower
06-04-2007
saya curi idea yani ni.... buat dgn focaccia doh... sbb tunang i suka foccacia bread.
Laporan oleh: skyblue

i pun suka focaccia bread.. tak perlu guna butter & telur


Komen (15)

22-09-2006, mymum komen :

asalamualakum yani, selamat puasa tidak lama g, belum cuba p terasa dah kesedapannya, nak cuba buat insyaallah. TQ banyak2


22-09-2006, yani komen :

waalaikumusalam mymum, .. selamat berpuasa juga utk mymum sekelurga.. try lah.. pastu macam biasa letak gambar kat laporan masakan tu k .. ;)


23-09-2006, mymum komen :

yani nak tanya, lemak syur or shortening tu apa adakah sjenis minyak n f tak ada susu tepung bole kah. TQ


23-09-2006, yani komen :

mymum.. shortening tu beku macam butter juga.. tapi kaler dia putih.. try cari kat giant, c4 ke .. mungkin ada yg brand crisco.. tak nak letak susu tepung pun takpe.. kalo nak sedap gantikan air tu dgn fresh milk.


23-09-2006, mymum komen :

TQ tpi sya bukan dekat malaysia, sya dri Brunei Darussalam


23-09-2006, yani komen :

oh ye ke... tapi brand crisco ni dr us.. kat jepun pun ada brand ni.. try check tengok kat brunei.. kot2 ada juga kat sana.. ataupun kat sana guna brand lain.. atau nak senang gi tengok kat kedai yg jual alat-alat buat kek atau roti.


10-10-2006, desperate cook komen :

sorry, ini mungkin soalan yang kurang bijak...bila nak bakar tu letak butter tak kat dulang pembakar?


10-10-2006, yani komen :

desperate cook .. i alas oven paper kat atas dulang pembakar.. so tak payah letak butter. Kalau tak alas, kenalah letak utk elak dr melekat.


31-10-2006, sufi komen :

Kak Yani, dah cube buat tapi keras le.....mcm mane ek?


07-11-2006, yani komen :

sufi dah guna semua bahan2 yg disenarai kat atas tu ke?.. sukatannya pun dah betul ke?..


19-12-2006, archicute_02 komen :

kak yani , kalo saya takde breadmaker , mcm maner nak buat yer??? ke bole je buat mcm biaser?


01-01-2007, asmadaginez komen :

berminat dengan breadmakr ni...brand apa elok, harga berapa?


29-01-2008, azizahmansor komen :

Oooo..baru laa phm nape nama dia roti bunga.Mula2 sy tgk cam roti biasa.Tak perasan roti tu masih melekat nmpk mcm dh dipotong-potong je hehehe.


16-01-2011, ummuljannati komen :

Salam, Yani. Sy pn da try buat... Ikut betul2 resipi tu tp ms kuar dr breadmaker, dohnya lembik & melekat. Mmg mcm tu ke? Memandangkn doh melekit & xdpt dbtk, sy t'paksa tambah tepung & uli lg dgn tgn. Dan sama dgn Sufi... Roti sy xsegebu roti Yani. Agak padat... Mcm mn ye?


16-01-2011, ummuljannati komen :

Pastu dpt 12 biji bunga ke 12 biji roti? Nape sy xdpt? Dpt separuh je... Dlm 12 biji roti iaitu 2 biji bunga.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu