oleh: Lynne Ikan masak santan

Ikan_masak_santan

Masakkan yang ringkas dan mudah. 15 mins dah boleh siap.


Created on : 21-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Lynne




Share


Bahan-bahan ( Sekeluarga agaknya )

  • Bahan2 yg bertanda * untuk dikisar:-
  • * 1 biji bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1 serai
  • * 5 batang chilli merah
  • Cili padi mengikut selera anda
  • Belimbing yg kecik2 cute mute tu dibelah dua - juga ikut banyak mana yg anda suka. Jika tiada belimbing boleh gunakan tomato yang dipotong 4.
  • Kelapa kotak (yg kecil) + 1 cwn air
  • Ikan yang telah digoreng - tak kisahlah ikan ape.
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. 1. Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga wangi.
  2. 2. Masukkan santan, cili padi, belimbing dan perasa. Gaul jgn sampai pecah santan.
  3. 3. Selepas mendidih, tutup api dan tuangkan diatas ikan yang telah pun digoreng.

Tag

ikan


Laporan Masakan Bergambar (1)

Ikan_msk_sntn_lynne
09-06-2009
salam Lynne...akak masak care Lynne tapi bubuh nanas aje..sedap mkn ngan nasik panas2...tq Lynne atas resipinye.... :)
Laporan oleh: kak fida

Terima kasih k.fida kerana sudi mencuba recipe yang tersimple ini. hehehe


Komen (9)

21-08-2007, zla komen :

nmpk mcm best n easy jer bahannya...tapi kan lynne kelapa kara tu apa?zla xpenah lah dgr.mana nak cari kelapa kara tu?


21-08-2007, Lynne komen :

Zla, kelapa dlm kotak lynne panggil kelapa kara. Jangan lah marah. Kasi Zla confused je.


22-08-2007, rosnani komen :

kelapa dlm kotak? kelapa parut ker? ataupon kelapa flakes?...ade yg mcm kepingan2 kelapa tu? ker camner? santan kelapa siap perah or camner? confius lagi nih...


22-08-2007, Lynne komen :

Rosnani, lynne gunakan kelapa yang dalam kotak (yg kecil punya). Maaflah asyik buat org confused je.


09-07-2008, cinayu komen :

kalau ikan tu tak payah goreng ok ke??


04-08-2008, siti2178 komen :

zle.. kalau x salah saya la rasanya maksud lynne tu santan yg kat kalam kotak tu.. santan tu pekat ada macam macam brand salah satunya M& S :D


22-10-2008, Mr XXXXX komen :

so far senang jer tuk siap kan u punya resepi...any way thanks sbb share with me the recipe....


06-06-2011, mr_ridzwan komen :

dh lama x masak nie...time bujang dulu selalu jugak..leh msk utk bini plak ar mlm nie


17-07-2011, GEBENG komen :

mcm msk lmk biase je ye,tp ikan nye je yg digoreng..kreatif btl..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu