Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Boston Cheese Cake

 Submitted By On 16 August, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Resepi kawan..siput sedut kat atas tu sendiri bikin..nasib baik jadi elok.

Ingredients
  • <b>BAHAN BASE</b>
  • 200 g biskut marie (hancurkan)
  • 30 g gula perang
  • 15 g serbuk koko
  • 100 g mentega cair
  • <b>BAHAN KEK KEJU</b>
  • 500 g krim keju (A)
  • 50 g gula (A)
  • 50 g mentega (A)
  • 50 g tepung gandum (B)
  • 1 biji telur gred A (C)
  • 3 biji kuning telur gred A (C)
  • 150 g yogurt (plain) (D)
  • 3 biji putih telur gred A (E)
  • 70 g gula (E)
  • 1/2 sudu teh garam (E)
  • <b>BAHAN HIASAN</b>
  • Krim mentega secukupnya
Instructions
  1. <b>BASE</b>

  2. Campurkan semua bahan base hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.

  3. Keluarkan dari peti sejuk dan masukkan ke dalam loyang 8 inci.tekan hingga mampat.Masukkan kedalam peti sejuk kembali.

  4. <b>KEK KEJU</b>

  5. Masukkan A ke dalam mixer dan putar hingga lembut dan gebu.Masukkan B dan kaup balikkkan.Masukkan C dan putar perlahan-lahan hingga sebati.Masukkan D dan kacau sebati.

  6. Pukul telur (E) hingga kembang dan masukkan semua bahan E dan pukul hingga pekat.Tuangkan adunan ini ke dalam adunan ABCD tadi.kacau sebati.

  7. Masukkan ke dalam loyang 8 inci dan bakar selama 60 minit dgn suhu 160 darjah C.Sejukkan dan keluarkan dari loyang.

  8. Keluakan base dari peti sejuk.Tanggalkan dari loyang.Sapu krim mentega di atasnya.Kemudian letakkan pula kek keju diatasnya.Hiasalah mengikut citarasa anda.

  9. <b>NOTE</b> : kek ini sedap jika di simpan di dalam peti sejuk.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All