oleh: rossitamz Urap Silom

Urapsilom

Masakan kampung lagi, warisan emak jugak. Kita makan ulam-ulaman pulak...


Created on : 15-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • Secekak silom @ selom
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  1. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  3. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  4. Urapsilom-perencah
    Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam bekas @ mangkuk. Campurkan bawang yang telah dihiris dan gaul hingga rata. Ketepikan.
  5. Urapsilom-potong2
    Cuci bersih daun silom dan dipotong halus - macam potong daun bawang/sup.
  6. Campurkan daun silom yang telah dipotong bersama dengan bahan2 yang telah ditumbuk. Kacau hingga rata dan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....
  8. Silom boleh digantikan jugak dengan kacang botol ke, pegaga ke. Emmm...sedapnya!

Tag





Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscf4745_resize
19-08-2007
i guna parsley..ulam lain suma tarak kat sini..dpt la gak lepas gian..btw..parlsey sedap gak buat ulam cicah budu..
Laporan oleh: joayee

Hmmm..mesti "berangin" je masa makannya. Tentu sedap jugak..


Komen (16)

15-08-2007, princessharyati komen :

sedaP !!selalu mkn ni dulu kadang2 guna daun selloum tu boleh di gantikan dgn kacang botal gak... dah lama tak mkn..


15-08-2007, manja7272 komen :

ni fav manja ni....


15-08-2007, manja7272 komen :

selalunye mama manja guna kacang botol


15-08-2007, seriseroja komen :

wat ngan pegaga pun sedap... sy selalu wat ngan pegaga n campur skit udang kering - sangai n tumbuk pecah2 sama ikan bilis - ish2, ni nak g beli pegaga lak ni!


15-08-2007, Safiza komen :

sedapnya...dah lama tak makan ulam selom ni.selalu makan buat ulam dengan sambal nyok(kelapa).


15-08-2007, Safiza komen :

sedapnya...dah lama tak makan ulam selom ni.selalu makan buat ulam dengan sambal nyok(kelapa).


15-08-2007, rossitamz komen :

Fiza, nak buat ni pun lebih kurang macam sambal nyor jugak. Potong2 silom tu, gaulkan dengan sambal nyor tu. Fiza orang utara ke?


15-08-2007, rossitamz komen :

Lain kali saya try ngan udang kering pulak. Mesti lagi terangkat kot!


15-08-2007, mazznie komen :

Safiza,Sambal Nyor buat macam mana? teringin nak makan pulak..he..he..


15-08-2007, Safiza komen :

ya saya org utara...nak buat sambal nyok tak susah.mula2 buat sambal belacan macam biasa,pas tu tumbuk bawang merah 2 ulas,udang kering kering dalam sambal belacan tadi.akhir sekali masuk nyok parut yg putih.gaul sebati dlm sambal tu.sedap cicah dengan ulam raja,pegaga dan pucuk janggus(org kelantan kata pucuk ketereh)


15-08-2007, mazznie komen :

TQ safiza.


15-08-2007, joayee komen :

ros, kelapa parut kene goreng dulu tak? kalau guna kelapa parut kering bole kan.


15-08-2007, rossitamz komen :

Joayee, kelapa parut tak perlu digoreng, lepas kukur kelapa tu, terus aje guna. Nak guna kelapa kering? Mmmm...tak berapa sedap kot, tak pernah cuba pulak.


16-08-2007, eton komen :

selalu juga mak kita buat urap........tp selalu pakai daun ubi je........tak pernah lagi guna daun sellom.......sedap ke.?


16-08-2007, eton komen :

belacan tu tak bakar atau goreng dulu ke........mkn mentah2.......tak bau hanyir ke.........?


16-08-2007, rossitamz komen :

Eton, selain daun silom, boleh jugak diganti dengan pegaga ke, pucuk ubi ke, kacang botol ke. Semuanya sedap belaka. Dan belacan tu mestilah dibakar dulu. Saya tak mentionkan sebab biasanya belacan tu memang saya simpan dah siap dibakar....Nak goreng pun boleh.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu