oleh: meow Tumis Asam Ikan Talapia

Asam

resepi omak.. simple dan murah aje..


Created on : 13-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng
  • secekak daun kesum
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 biji tomato sedang - dibelah 2
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak utk menggoreng
  • Bahan2 Kisar
  • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Sediakan periuk dan panaskan minyak.. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda)
  3. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.. SELAMAT MENCUBA

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

14-08-2007, Delila komen :

ni lagi satu ikan yang del tak reti nak buat..takut hanyir..


14-08-2007, Jue Hussin komen :

Bestnya lauk si Meow nih... Del, kalau takut hanyir, mak akak ajar, cuci ngan asam keping/limau/cuka. sekaligus utk buang lendir ikan2 sungai nih. Kalau nak sedap, beli yg org ternak dalam sangkar, sbb ikan tu diternak dalam air yg mengalir, dagingnya tak bau tanah/lumpur.


14-08-2007, meow komen :

huhu del .. cuba dulu baru taw.. betui ckap si Jue ni.. kekadang tu kan ikan laut pun lagi hanyir dari ikan sungai..


14-08-2007, meow komen :

maceh Jue.. org yg jual ikan sungai ni baik bebetullah.. kalu kami beli mesti dia nak kasi ikan lain yg pree.. bebaru ni nak dikasinya belut.. eeee takut aku.. so dia kasi ikan lampam pree.. :) belut kupenah makan arwah abah wat balik lauk belut tanpa kasi taw yg itu adalah lauk belut.. amboii sedapnyaa.. tapi lepas makan baru ku taw.. tak kisahle .. asal sedap.. nyamnyam


14-08-2007, Jue Hussin komen :

hehehe... saya pun tak lalu gak kalau belut. Tp kan ada sejenis ikan sungai yg seakan-akan belut & berbatik2 kulitnya, kami panggil ikan tilan. Slalu kalau dapat ikan tu, arwah abah dah siang siap2 baru suruh mak masak. Goreng berlada garing2 pun sodap. Lama dah tak pekena ikan lampam. Dok KL nih, ikan2 sungai, hari pasar tani je baru dpt yg fresh sket.


14-08-2007, meow komen :

ikan tilan? tak penoh dengor jue.. tapi org ckp belut ni baik utk kulit kan.. tapi kalu nak siang memang tak reti..apalagi nak masak.. haaa meow baru aje tempek resepi sambal taucu ikan lampam tu.. adeii penat dah naip resepi..huhu


15-08-2007, Jue Hussin komen :

tak pe penat Meow, bila org try, ada yg puji2 tu, berbaloi laaa.. Kekeke..


03-09-2007, meow komen :

amboiii jue.. iyalah tu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu