oleh: rossitamz Masak Lemak Pisang Muda

Masak_lemak_pisang_muda

Ni pun turun dari emak jugak...


Created on : 13-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 12 biji pisang emas muda
  • 7 biji cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • Sebatang serai - dititk
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit ikan bilis sebagai perencah - lebih kurang 2 jemput

Cara-cara

  1. Pisang_muda
    Siat kulit pisang. Potong serong pisang tersebut. Sebiji pisang boleh dipotong kepada 4 bahagian.
  2. Pisang_muda_dipotong
    Kulit pisang jangan dibuang. Potong 2 kulit pisang yang disiat. Rendam pisang yang telah dipotong dan kulitnya di dalam air garam.
  3. Sementara itu, tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja - untuk pecah2kan saja.
  5. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
  6. Masukkan pisang dan kulit yang direndam dalam air garam tadi ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
  7. Img_4703
    Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras pisang.
  8. Renehkan di atas api sederhana sehingga pisang lembut. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan...

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

13-08-2007, cindaibiru komen :

sedapnya...mak ade masak jgk kat kg dulu.. rindunya!!!


13-08-2007, rossitamz komen :

Tak rugi masak yang ni, gerenti licin. Hari ni saja saya kena masak dua kali sebab anak2 gasak meratah pulak...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu