oleh: tulip77 Ayam Kari Kapitan

Foods_004

Resepi dari ibu mertua,sedap & mudah


Created on : 12-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10org )

  • 1 ekor ayam
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji lada besar merah
  • 4 biji buah keras
  • 10 ulas bwg merah
  • 1 labu bawang putih
  • santan dari 1 biji kelapa
  • 3 batang serai
  • 1 senduk minyak
  • sedikit garam dan gula
  • belacan sebesar ibu jari
  • sepotong limau nipis

Cara-cara

  1. Ayam dipotong kepada 12 bahagian atau mengikut suka.Kelapa diperah dan asingkan pati santan dan santan cair
  2. Cili kering,lada besar merah,buah keras,bawang merah,bawang putih dan belacan dikisar halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan2 kisar.Setelah bahan kisar elok kuningnya,masukkan ayam.
  4. Biar api sederhana sahaja & tunggu hingga ayam empuk.Setelah empuk masukkan santan cair serta serai yang telah dititik.
  5. Apabila santan sudah kering sedikit,masukkan pati santan.Diikuti dengan garam & gula.Rasa masin dan manisnya.
  6. Apabila hendak diangkat,perah asam limau nipis dan boleh dihidangkan dengan nasi. Sesuai dimakan bersama nasi minyak & acar nenas timun.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

100_1650
28-08-2007
dah try last wk.. sedap sgt. mls nak msk resipi yg ayam kena goreng dulu, try yg ni mudah sgt dan hb kata best..
Laporan oleh: ina sayang

sama la kita x suka goreng ayam dulu,leceh ;) tq coz mencuba

Picture_121
23-04-2008
tq tulip.....
Laporan oleh: junjs11

ur welcome :)

Picture_132
23-04-2008
siap wat rendang, resepi ni..keringkan n tambah kerisik serta adjust rasa..sedap
Laporan oleh: junjs11

best ni...idea baru :)


Komen (14)

12-08-2007, cindaibiru komen :

makan ngan nasik impit ni mesti best. lagi best klu pedas2.


12-08-2007, tulip77 komen :

betul tu cindaibiru,mmg sedap makan dengan nasi impit :) sbb kuahnya mmg pedas & pekat sikit


13-08-2007, ann komen :

kalau tak guna buah keras lari byk ke rasa dia? sbb tak de buah keras le kat rumah ni


13-08-2007, Mat Gebu komen :

ini signature dish kaum2 baba dan nyonya.....sedap u.


13-08-2007, mazznie komen :

makan dengan nasi minyak yang tulip77 pun boleh kan?


13-08-2007, kebayan komen :

lada besar merah tu cili merah la kan?


13-08-2007, kebayan komen :

lada besar merah tu cili merah la kan?


13-08-2007, Jue Hussin komen :

wahh... terliur betul nengoknyer nih.


13-08-2007, tulip77 komen :

ann : klu tak guna buah keras pun xpa,cuma rasanya kurang ummphh sikit la sbb buah keras tuk rasa lemak


13-08-2007, tulip77 komen :

mat : tak tau la pulak sbb mertua org utara,biasanya lauk ni kuar time bulan puasa,mkn ngan nasi minyak rm4.50 sebungkus...hehehehe


13-08-2007, tulip77 komen :

mazznie : mmg pun wat lauk lunch smlm...mkn ngan nasi minyak & acar timun nenas...nyum2


13-08-2007, tulip77 komen :

kebayan : lada besar merah rasanya sama kot ngan cili merah... janji jgn cili padi dah la..kang tak pasal2 meleleh2 air mata & air hidung time mkn :)


13-08-2007, tulip77 komen :

jue hussin : leh la try...mmg sedap & puas hati tambah2 pulak klu dpt belacan tanjung dawai & serai fresh :)


31-10-2008, mama ju komen :

tengok macam best... but nak tanya tak payah letak rempah kari ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu