oleh: meow Baked pasta with potato sauce & cheese

Pasta

saja2 meow campurkan mash potato ke dalam white sauce tu cubala sedap pulak.. tapi kalu makan manyak2 rasa muak gak


Created on : 12-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 loyang besar.. )

  • 4-5 gelas cawan pasta direbus cam biasa
  • 100 gm daging cincang
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji tomato - dicincang
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 2 sudu kecil ladahitam ditumbuk
  • 2 sudu kecil oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak zaitun atau minyak biasa pun boleh..
  • cheese secukupnya.. meow pakai 1 paket yg slices tu aje
  • juga boleh ditambah celery, mushroom juga carrot
  • Bahan-Bahan potato sauce
  • 3 biji kentang sedang-direbus dan dilenyek2kan
  • 2 sudu besar butter
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • fresh milk secukupnya..
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • cheese diparut secukup rasa (meow pakai parmesan yg diparut tu)
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Cara-cara goreng pasta(macam goreng pasta biasa tu aje)
  2. Sediakan kuali..panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang besar dadu, bawang putih cincang.. tumiskan hingga naik bau. Kemudian masukan daging cincang kacau dalam 2 minit dan masukkan tomato puree. Kemudian masukkan bahan2 lain sekiranya ada cam mushroom ke.. celerry ke masukkan oregano dan lada hitam.. biarkan seketika kemudian masukkan buah tomato yg dicincang tadi..agak2 kalu kering masukkan 2 3 sudu air kedalamnya biarkan pekat.. masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan pasta yg telah direbus tadi.
  3. Cara-Cara buat potato sauce
  4. panas butter bila cair..masukkan tepung kacau dan matikan api kejap bila dah sebati masukkan fresh milk dan kacau lagi. Kemudian masukkan kentang yg telah dilenyekkan tadi.. kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk halus.. kacau sehingga pekat. Masukkan cheese secukupnya dan juga garam..tutup api.. nak tau menjadinya.. bila kita kacau dengan senduk.. sos tu akan melekat kat belakang senduk tu.. jadilah ia..
  5. Langkah seterusnya..
  6. Lenserkan loyang dengan butter kemudian masukkan pasta tadi dan tekan2 agar agak mampat.. kemudian masukkan cheese ikut sukahati..
  7. kemudian masukkan potato sause dan diakhiri dengan cheese lagi.. lagi banyak lagi sedap..
  8. Masukkan ke dalam oven yg sebelum tu dipanaskan Masak selama 30-35 minit dalam 180 C.. atau sehingga masak SELAMAT MENCUBA

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (13)

12-08-2007, princessharyati komen :

i ni mmg suka mkn western.. mkn byk pun still rasa biasa.. hehhe lagi byk cheese lagi suka.. nyummmm2


12-08-2007, meow komen :

thanks princess.. :).. macam i ni makan tapi kena sikit2 tak leh makan manyak sekaligus.. tapi adik pompan bongsuku memang hantu cheese.. tadi dah siap tapau utk dia.. dan juga utk PIL juga...


12-08-2007, Mat Gebu komen :

kreatif juga kucing nie ek (ammpoon meow)....


12-08-2007, cindaibiru komen :

kucing omputes ni mat..hehhe. jgn mare. cheezy2 ni my fav. yummy!!


13-08-2007, meow komen :

meowwwwrrrrr grrrrrrrrahhh.. hah kucing ni dah naik antu..huhu.. sib baik kucing ni kucing jenih tak suka nak gigit org.. ngangangna.. maceh mat...


13-08-2007, meow komen :

ehek... cindai...kucing2 ku seme suka makan cheese.. ngalahkan tuan dia.. termasuk kucing2 Maksedara meow yg tak ada gigi pun tetap suka cheese...


13-08-2007, syahmi komen :

kucing apa yg xde gigi???!!!!


13-08-2007, cindaibiru komen :

kucing dah menopause!!! hehehe.. pelik tul kucing mkn cheese. lom pnh jmpa lg kucing jenis tu.


13-08-2007, meow komen :

ehek.. eeehhh jangan tak taw.. kucingku meow kat umah omak tu seme makan cheese.. amboii cheese kan dari susu.. kucing ngan susu tak leh dipisohkan.. tapi si arwah jelujor tu memang dah menapos pun... cuma tinggai gigi taring aje.. sian jelujor..


15-08-2007, Sue @ Mummy Lisya komen :

oregano tu apa, kalau pasta tu tak digoreng sekali ngan daging dan bahan2 pasta boleh ke, tapi sebelum bakar gaul pasta ngan bahan2 goreng pasta ngan telur pastu bakar, sbb i biasa buat mcm tu bila buat macaroni bakar.


15-08-2007, meow komen :

sue... oregano tu herbs mat salleh.. banyak jual kat supermarket tu.. hmm kalu cara itu yg sue buat apa salahnya.. asalkan kita mencuba pehtu menjadi.. ok lah tu.. huhu


15-08-2007, akizila komen :

nampak sedap bangat la meow..meow...:D cheese yg awak guna tu cheese ape yer??


15-08-2007, meow komen :

maceh zila.. ala cheese yg biasa aje.. cheese yg slice tu aje.. kalu nak lebih sedap campurkan aje mozarella dan cheddar.. huhu...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu