oleh: rizafizah Roti goreng sardin

Dsc02967

nampak tak menarik sangat tapi sedap, cuba jangan tak cuba...


Created on : 12-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 )

  • 8 keping roti
  • 2 tin kecil sardin
  • *1/2 ulas bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • Mentega atau butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur saiz M
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Tumis bahan-bahan * dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik)
  2. Potong tepi roti yang berwarna coklat dan sapukan mentega atau butter dan sapukan sardin yang hancur macam buat sandwich.
  3. Bancuh tepung dengan telur dan air secukupnya seperti menggoreng cucur pisang.
  4. Celupkan roti yang siap digulung ke dalam bancuha tepung dang goreng sehingga warna keperangan seperti gambar.
  5. Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah berbuka.

Tag

roti sardin




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

14-09-2006, DINIE komen :

Kalau tak nak roti menyerap minyak terlampau banyak, kukus dulu roti tu sekejap. Bila dikukus roti akan jadi lembut sikit. Letak atas papan pencanai, canai sampai roti jadi leper & padat. Baru la masukkan inti. Tapi bila digulung bentuk dia jadi kiut la sikit. Takla besar gedabak. Cuba la..


14-09-2006, fatini komen :

ada oghang salut ngan bread crumbs dulu baru goreng ...cantik gak


17-09-2006, kak as komen :

roti tu kalau malas nak kukus pun takpe..canai je bg nipis dan padat ..so tak serap banyak minyak gak


18-09-2006, dilaOHdila komen :

minyak tak boleh banyak sangat yek kak.....


22-12-2006, nasuha1523 komen :

memang sedap. tapi, saya canai dulu roti sampai nipis, baru letak sardin.


22-12-2006, nasuha1523 komen :

satu lagi, perah limau nipis dalam sardin.


20-08-2007, muziana komen :

lpas gulung tu lekat ngan apa. telur putih ker. tak terbukak ker gulungan tu????


23-03-2008, yusaini komen :

muziana guna tepung utk celup tu. sapu kat hujung roti. saya tak tumis sardin tu terus gaul dan tak guna mentega.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu