Google+

oleh: chelin Kek Oreo Cheese

Oreo

antara kek cheese yang senang di buat...mesti cuba, sure suka!


Created on : 11-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi chelin




Bahan-bahan ( 16 hidangan loyang 9" )

  • 1pek biskut oreo
  • 1/3 c butter - cairkan
  • 3pek krim cheese (8oz setiap satu)
  • 3/4c gula -nk kurang suka hati
  • 1c sour krim
  • 1tsp vanilla essence
  • 4 biji telur

Cara-cara

  1. panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo kemudian Hancurkan kesemua baki biskut, buang krimnya.masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yg tlah di cairkan tadi. canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat. so base nih akan jadi lebih kurang dalam 2 inci tebal. ketepikan,
  2. putar krim cheese dan gulah, speed medium sehingga sebati. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati. tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. putar sampai sebati saja. biskut yang dah di asing kan awal tadi kita repis-repis dan tabur kat dalam adunan cheese. gaul dengan spatula dengan perlahan. kita tak mau biskut tuh hancur. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.
  3. bakar selama 55 minit atau sehingga set. jika perlu elakkan permukaan kek jadi kuning, dengan lapik aluminium foil kat atas kek pada 15 -20 min terakhir. bila dah siap sejukan dulu atas jaring dawai.
  4. lepas tu sejukkan lagi kat dalam peti selama paling kurang 2jam. tapi seeloknya 4 jam.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (7)

12-08-2007, meow komen :

sedapnya chelin..tapi kita ni tak leh makan telur.. sebab alergic.. jadi telan air lior ajelah tengok kek yg sedap dan lazat ni.. huhu


14-08-2007, chelin komen :

ye ke? mmm klu nak ganti telur pon bleh ni list dia: 2 tbsp tpg jagung= 1 telur 2 tbsp tpg ubi = 1 telur 1 tbsp tpg susu soya + 1 tbsp tpg jagung + 2 tbsp air = 1 telur. 1 pisang = 1 telur dlm kek. dari segi rasa mmg ada slight beza tapi still ok.


12-12-2010, Faridah1 komen :

Saya bakar kek x pernah masak sempurna, mesti mentah kat bawah la, tengah la... walaupun dah ikut arahan. Dlm tong sampah la tmptnya. Nak kata microwave panasonic inverter saya x bagus, suami dah belikan electric oven, saya buat kek masih x jadi... apa masalahnya??? Boley tolong saya x?


16-03-2011, no0r komen :

brp byk biskut oreo yg dketepikn


13-09-2011, cikgu.izzy komen :

Faridah1 - temperature msti btul.pastu kdg2 ade sesetengah oven tu ade indicator utk api bwh/ats @ both.biasanya bakar kek ni guna api bwh jer.. let say kalo kek tu dh masak tp bila cucuk ngn cake tester masih lagi cair d tgh, kurangkan suhunya..takut lm2 keras lak bhgn tepinya..


15-11-2011, noridawatiz komen :

sukatan c tu apa? cawan ke?


15-11-2011, snsd komen :

yup


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd