oleh: meow Nasi goreng Oregano

Lyyn

ciptaan sendiri..


Created on : 10-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Nasi putih (3-4 orang makan)
  • bawang putih 3 4 ulas (ditumbuk kasar)
  • bawang merah 3 ulas & 1 lada hijau besar (dibelah2)
  • 1 sudu kecil ladahitam (ditumbuk bersama)
  • segenggam isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • potongan karot
  • daun sawi secukupnya -nak guna mix vege pun tak apa
  • minyak untuk menggoreng
  • garam, gula & serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara

  1. 1) panaskan minyak masukkan bawang putih biarkan layu dan masukkan lada besar hijau
  2. 2) kemudian masukkan bawang merah yg telah ditumbuk bersama lada hitam tadi tumis hingga naik bau
  3. masukkan ayam biarkan seketika dan masukkan sedikit air sehingga ayam hampir empuk
  4. Masukkan potongan karot biarkan seketika dan masukkan oregano.
  5. kemudian masukkan garam gula serbuk perasa biarkan lagi sehingga air hampir kering
  6. kemudian masukkan nasi putih bersama daun sawi
  7. sedia dihidangkan.. boleh dihiaskan bersama daun sup dan bawang goreng
  8. SELAMAT MENCUBA.. AMAT SENANG DAN MUDAH.. SEDAP PUN SEDAP..

Tag





Laporan Masakan Bergambar (4)

Nasigorengoregano_
10-08-2007
Lunch arini, sedap. cili hijau xde dlm stok so guna cili merah. But its still yummy.. tq meow!!
Laporan oleh: cindaibiru

amboiii.tak sangka cepatnya cindai dah wat...maceh cindai..at least ada juga yg sokong meow sebagai org baru kat sini...sayang cindaiiii muahhhs

10-08-07_2134
11-08-2007
Berasap lubang telingaku..terlebih cili..but sedap...TQ meow..
Laporan oleh: Delila

sama2 kasih Del.. lagi pedas lagi sodap.. heheh.. telior le pulok tengok nasi Del tu.. hmm nyamnyam

Nasi_goreng_oregano1
11-04-2008
sedap!
Laporan oleh: daunpandan
Picture_781dgf
07-07-2008
nasi goreng..tukar ayam k daging..mmg sedap..tq meow!
Laporan oleh: junjs11

Komen (11)

10-08-2007, peekaboo komen :

sedap nampak nasi goreng ni..tapi oregano tu apa???


10-08-2007, Nuurul komen :

saya pun nak tanya, oregano tu apa ek?


10-08-2007, meow komen :

haiii peekabooo...haii Nuurul....maceh... memang sedap rasanya nasi goreng ni.. hehe oregano tu adalah rempah atau herbs mat sallleh tu.. banyak terdapat di supermarket..


10-08-2007, Jue Hussin komen :

kalau nak buat pizza/spagetti pun, kita guna gak oregano nih... nasi goreng nih, mesti baunya pun dah buat kecur air liur.... (^_^)


10-08-2007, meow komen :

maceh Jue.. meow ni org baru kat sini..jadi mintak2lah kalu meow ada silap..leh kita betul2kan ye tak.. heheh Jue...memang ye.. meow cuba ni pun terdetik selepas baca artikel dalam paper pasal suruh kita mencuba gunakan herbs mat salleh ni dalam masakan kita..contoh oregano.. rosemary, bay leaf dan lain2 lagi... hasilnya amat memuaskan..Insyaallahlah jadi peberet kaum keluarga..


10-08-2007, cindaibiru komen :

sedap dan mudah. kenyang dah ni..burppp...Alhamdulillah.


10-08-2007, meow komen :

maceh cindai... meow pun bukan pandai sangat...saja2 cuba try menjadi...benda simpel bolehlah..


11-08-2007, alif komen :

sedap,warna nasi pun menarik gak.....kalau sape yg belum cube 2 boleh lh cube......kalau tak sedap 2 tentu org 2 tak pandai buat.......


11-08-2007, lovexoxohug komen :

sedap giler. i buat tadi.... tapi i tukar sikit. i taruk cendawan,brocollie,kulat dalam 3 cawan.. nasi 2 cawan... hehe.. i love extra veggies.. sedap la... oreganonya tu yang buat nasi ni special


11-08-2007, meow komen :

maceh alif... maceh love... wah lagi banyak bahan lagi sodap.. hmm herbs mat saleh ni memang membangkit baw...asben kita yg tak bapa suka makan nasi goreng pun dah jadi suka..


29-08-2007, roseslily komen :

memang sedap...rasanya lain, ala2 western gitu...love this recipe thanks


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu