oleh: yani Cinnamon Roll

Cinnamonroll

sedap bagi yang suka cinnamon


Created on : 08-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • = Bahan utk Roti =
  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air (suhu badan)
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • -----------------------------------------------------
  • = Filling =
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik
  • -----------------------------------------------------
  • = Icing =
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cinnamon1
    Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Cinnamon2
    Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Cinnamon3
    Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Cinnamon4
    Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Cinnamonroll5
    Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Cinnamon6
    Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Cinnamon7
    Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Cream1
    Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  9. Cinnamon8
    Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Tag

roti




Laporan Masakan Bergambar (9)

P9100064_copy
11-09-2006
tambah kismis.Roti dah sedap!!tapi topping manis sgt walaupun dh kurang kan 10 gm
Laporan oleh: F&N

alamak banyaknye F&N letak topping.. mesti manis sgt

Rzie_273_
12-09-2006
memang sedap... tapi i kurangkan gula untuk icing.. kurangkan manis.. ;)
Laporan oleh: zeera

elok tu.. jaga kesihatan

22-11-06_1844
22-11-2006
:: tada! yummy!! sdap sgt.. ni 1st time sy wat bun n xsangka lak jadi. xyah la buang duit lg bli kt cinnabon.. ehm.. tp manis sgt =p thnx neway kak yani =) ::
Laporan oleh: bella

cantik gambar.. siap dgn cinnamon lagi tu.. *_*

Cinnamon_roll
15-12-2006
Yani, baru smpt amik gmbr, xletak krim pun lazat ya dah!...i mmg cinnamon lover :)
Laporan oleh: alma

memang sesuai sgtlah kalau gitu >_*

Cin
08-04-2007
yani.. i tak perasaan ada resepi ni kt sini, i dah buat ikut resepi lain tp sama dengan resepi u..penat jek mencari..haaaa... for inti jek ada i add lain skit.. i letak kismis+ cinnamonum power+ gula+kacang walnut yang dikisar. sedap.!
Laporan oleh: princessharyati

resipi lain tu u dpt kat mana?

Dsc01285
12-11-2007
Memang anak2 saya suka sgt cinnamon roll ni. Selalu beli je kat Cinnabon. Tak sangka sekarang dah boleh buat sendiri. Topping tu saya kurangkan gula kpd 60gm je. Bila nak makan panaskan dulu kat microwafe. Mcm baru keluar dari oven je. Thanks for the great recipe.
Laporan oleh: herdawaty_abuothman

betul tu.. nak makan panas dulu dgn microwave.. emm sedap..

Laporan_cinnamon__roll
11-12-2007
hi kak! saya org bru kt cni.. thnx resepi nie! suka sgt ble jd.. nsb baik snap gmbr cpt2.. abis cpt sume family saya mkn heheh thnx again!
Laporan oleh: misz_su
Dscf0013
12-01-2008
Best..senag gak rupanya nak buat. My little one suka sgt!
Laporan oleh: ahnis0408
Dsc04265
27-01-2008
Thanks for the recipe..oishiii!!
Laporan oleh: shaheera5

Komen (19)

08-09-2006, aida_sarudin komen :

wah! banyaknya koleksi... bestnya...


08-09-2006, inaz komen :

yani, utk resepi ni boleh pakai breadmaker tak???


08-09-2006, yani komen :

inaz.. boleh je kalo nak pakai breadmaker tapi kalau breadmaker yg takde function utk menguli saje lambat sikitlah nak siap berbanding dengan uli tangan. Kalau nak uli tangan pun senang je tak macam uli untuk buat roti lain. Kalau nak guna food processor pun ok jugak..


11-09-2006, zeera komen :

cinnamon tu ape erk? bagaimana rasanya? ;p


11-09-2006, zeera komen :

yani, i dah beli serbuk cinnamon.. nak buat petang ni...tq atas semua resepi u yg mudah disediakan... ;)


11-09-2006, zeera komen :

Yani, guna tepung gandum bole tak?


11-09-2006, yani komen :

zeera... boleh je nak guna tepung gandum. Takdelah rasa pelik.. cuma mungkin tak sesedap berbanding tepung roti.. Zeera bila dah cuba nanti jgn lupa tempek hasilnya kat sini..


11-09-2006, yani komen :

F&N memang manis.. jgn letak topping banyak sgt kat roti.. kalo nak letak banyak terpaksalah kurangkan gula.. kalo 10g masih manis juga terpaksalah kurangkan lagi.. ;)


12-09-2006, zeera komen :

Yani, i buat tu kan dia hangus kat bawah.. bila u masak dalam oven, u letak atas talam oven atau kat redai je?


13-09-2006, yani komen :

zeera, masa bakar i letak dalam talam oven. Bila dah masak i sejukkan, letak atas cake cooler( redai ke namanya??)


13-09-2006, yani komen :

zeera.. elok tu kurangkan manis utk icing.. baik utk kesihatan (*´∇`*)


14-09-2006, zeera komen :

A'ah la redai agaknya sebab dlm buku resepi kek ada sebut perkataan tu.. i pun baru tau juga tu.. hehehe


29-11-2006, acik_yarn komen :

tak sabar nka buat... uli pakai tangan kan...tkpayah pakai mixer kan..i cuba buat petang ni..kalo jadi i story mory esok..ECXITED sgt...kawan2 i nak rasa... kalo tk jadi i diammmmmmmmm je..ehhehe


03-01-2007, dbayu komen :

alhamdulillah..1st time wat roti..asik terliur jek slame nih tgk gambar2 yg kakyyani tepek!!dah menjadiiiiiiii cinnamon roll dbayu!!sedappp.wpon rupenyer kureng sket..hehe..thanks k.yani..39!!


07-09-2007, edazman komen :

yani....nak tanya,kalau uli pakai tangan tekstur roti tu jadi kasarkan? Lago satu kenapa dia hangus kat bwh dan tak lembut pd keesokkan harinya?selalunya kalau sy buat roti ,pasti masih lembut pd esok hari.Kenapa ye?


12-11-2007, umaira komen :

k.yani..apa maksud fresh milk suhu badan..cream cheese suhu bilik..x paham la..


09-12-2007, nurnikisha komen :

kish baru pas buat n makan cinnamon roll nih...hehhehe..syedapppp...dah sejuk pun still syedap n tak keras...tapi lagi sedap if makan panas cam yani cakap..:) anyway..kish buat 2 style..1 taruk lam muffin cup n letak lam muffin tray cam yani buat lam wlnuts cinnamon roll n 1 lagi kish letak lam cup jek terus bakar..hasil dier yg dalam muffin tray tu lagi cun...cam cinnamon rolls puncak kasih gitu...hehheh..so,thanks yani for yet another great recipe!!!:)


26-06-2008, chiany2605 komen :

Yani, boleh tanya how come saya punya roti tak berapa kembang...apa masalah-nya? Yeast tak bagus ? TQ


21-07-2008, nisadhia komen :

Erm..sedap...baru try wat ptg ni n hasilnye menawan...pasni kalau anak nak bleh wat sendiri....tq share resepi...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu