Google+

oleh: skyblue Chinese Chive Dumpling

Imgp1992

Chinese chive = kucai. Inti boleh diganti degan inti popiah atau inti lain yg disukai.


Created on : 03-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi skyblue




Bahan-bahan ( 36 biji )

  • Untuk Kulit:
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

  1. Sediakan doh untuk kulit:

    Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
  2. Imgp1983
    Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  3. Untuk Inti:

    Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  4. Imgp1985
    Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  5. Imgp1988
    Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  6. Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

Tag









Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00114_resize
09-07-2008
Inilah dumpling ku.. tapi tak cantik macam u punyer kak sky but it tastes great n mengancam jer...tahnx 4 de recipe..!!
Laporan oleh: nat_rashid

Komen (27)

03-08-2007, Mat Gebu komen :

Macam nak cuba lah nanti...nampak seksi kan sky dumpling u nie....can see through laaa...ahaksss....


03-08-2007, nonamie komen :

mana i nak dapat tepung tang min/ tepung kanji?


03-08-2007, nonamie komen :

selalunya dimsum ni dimakan dengan supnya boleh tak skyblue bagi resipi sup nya sekali.


03-08-2007, zla komen :

alahai dumpling pulak!!zla mmg teringin nak rasa dumpling ni,tp tau jelah restoran melayu xsemuanya ada.sedapnya dumpling ni!!sky, hulurlah sikit!!!


03-08-2007, joayee komen :

wow bestnya..tp kene beli wheat starch dulu ni..sky, jo buat rice roll tak pakai wheat starch, just tambahkan tapioca flour. patut la bila jo tambah air pun tak berapa lembik sgt..agaknya rasapun tak best sgt..x pela, nanti nak kene cari gak la wheat starch ni. tq..tq..tq


03-08-2007, joayee komen :

sky, apa tujuan taruk air yg ada ice ?


03-08-2007, Mat Gebu komen :

tepung ubi boleh kot?....


03-08-2007, sukamakanje komen :

huyyoo...menarik nih selalu makan dumpling kat sogo tu..restoran chinese tapi owner dia memang muslim..kalau rajin bleh buat..


03-08-2007, skin12 komen :

yeh dim sum!! woah beshnye.. de resepi2 dim sum yg len gk?? leh blaja wat sndr


03-08-2007, skyblue komen :

mat boleh cuba buat dumpling yg boleh glow in the dark... :p lagi seksi...


03-08-2007, skyblue komen :

nonamie, dumpling ni tak sama dgn dumpling untuk sup. yg utk sup tu kulit dia pakai tepung gandum n telur je, so boleh masak dlm sup. Yg ni kulit dia lain, klu masak dlm sup nanti sup jadi homemade glue pula.


03-08-2007, skyblue komen :

joayee, cuba cari tepung kanji tu kat asian market... i think senang nak dpt. Air air tu untuk buat kulit dia rasa lebih chewy... how to say in malay?


03-08-2007, skyblue komen :

zla, sukamakanje & skin12.... senang nak buat dim sum ni... cuba lah. skin12, kulit dumpling ni adalah kulit untuk pelbagai dim sum, so... tukar2 inti dia dpt dim sum yg lain.


04-08-2007, joayee komen :

sky, lg satu soalan, air panas=boling hot water?


04-08-2007, skyblue komen :

ya... boiling hot.


04-08-2007, sukamakanje komen :

glow in the dark??? ini lanjutan kes mangkuk n cincin ker?ekeke..sori tersensor laks..


04-08-2007, Mat Gebu komen :

hahah...sky kalau ada edible glow in the dark food coloring why not we try it...mesti boleh masuk paper.....hahaha...then xport ke Japan....mesti kak hani beli banyak dumpling "glow in the dark" tu...


04-08-2007, Puan Putri komen :

saya suka makan dumpling ,tapi kalau dumpling u ni di goreng boleh tak....?


04-08-2007, skyblue komen :

Puan Putri, dumpling ni tak boleh digoreng. Jika suka yg digoreng, guna kulit dumpling/jiao zi yg ada jual dikedai. Kulit wantan pun boleh lah... lain kali i letak resepi guo tie/gyoza - pan-fried dumpling.


23-08-2007, **Ling388** komen :

hai hai, i sgt suka menu-menu skyblue, ada menu baru lagi?hehe...thx ya...


11-09-2007, alissahanim komen :

Boleh tak u bagi resepi moon cake?


06-08-2009, kamal77 komen :

tepung ubi tu tak sama ke dgn tepung kanji?


11-03-2011, yangdalini komen :

nampak selere.. mesti cuba


20-03-2011, Quzaimi komen :

ape jadi kalau x guna tpg kanji...


16-06-2011, wanmaryam komen :

sky,boleh tak bg tau cara buat kulit dumpling sup?pernah buat tp punya la liat


18-09-2011, HjhLyena komen :

weishhhhh nmpk simple and sedap...


01-11-2011, famirsha komen :

cedapnya...confirm minggu ni nk buat,tp kna letak mushroom banyak2..he he he


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu