Google+

oleh: emy_den Ikan singgang (aya)

Ikan_singgang

masakan org pahang kot coz emy org pahang, tp kelantan dia tak letak serbuk kunyit supaya nampak kuning.resepi ma je... Gambar daripada laporan masakan oleh sunkist.


Created on : 05-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi emy_den




Bahan-bahan ( 4 org makan (sepinggan) )

  • seekor ikan aya (ikan tongkol) saiz yang sedang2 je
  • air 4 cawan
  • bawang merah 2 ulas(dipotong halus)
  • bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
  • garam secukup rasa
  • lengkuas (sikit je)
  • asam keping
  • serbuk kunyit sikit
  • lada kecil 4 biji
  • gula sesudu

Cara-cara

  1. panas kan periuk isi air 4 cawan masukkan terus ikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam, asam keping, lada kecil, kunyit dan gula tunggu sampai ikan masak dan hidangkan.








Laporan Masakan Bergambar (3)

Image-0055
02-11-2007
simple but nice! tambah bendi.. luv it!
Laporan oleh: sunkist
666_004
16-02-2009
Sedap lauk ni..first trial.. masam2 masin, ummph.... thanks :D
Laporan oleh: Mummy7857
P1020234
11-04-2010
slm,sya guna ikan mta besau...sdp kuahnya...
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (41)

25-09-2006, azian komen :

kami org Ganu tak letak bawang merah+gula. Cuma bawangputih+lengkuas+kunyit+asam keping+garam+perasa je.. Semestinya ikan aya/tongkol/kayu.


25-09-2006, yani komen :

nampaknya ikan singgang ni ada kat kelantan, tganu dan juga pahang ler ek.. tapi dgn version masing-masing..


26-09-2006, emee komen :

mak mentua saya masak cara lain... dia kukus ikan dulu sampai kering air ......


26-09-2006, inaz komen :

emee, mcm mana mak mertua you rebus ke kukus sampai kering air.. rasenye kalau kukus smpi kering air bahya tu...nanti terbakar rumah..


27-09-2006, azidazik komen :

singgang ni memang sedap. nak2 kalo kena dgn budu, mst terangkat punye. hi....air liur ni nk meleleh la plak bulan2 pose ni. azian, kami org ganu jgk, tp kami cuma x letak gula je. bwg merah kami letak. apa2 pun, x kisahlah. yg pasti....singgang ni memang sedap.


27-09-2006, emee komen :

inaz....bukan sampai gitu....maknanye lps masukkan ikan, asam keping, lengkuas,kunyit idup, garam kasar, bawang putih dan meroh, dia kukus sampai kering air kali pertama...... baru tambah air pulak.......inaz try la buat mmg best!


28-09-2006, nanie komen :

agaknya...macam2 cara org masak singgang ye..kalau cara mak saya pula...ada etak serai,bunga kantan,daun kunyit,cili merah, halia,bawang merah,belacan sikit, semua ditumbuk kemudian dimasak bersama ikan....emmm sedap....jgn upa asam keping dan garam ok...


01-10-2006, Azian komen :

Nanie, setahu saya resepi mak awak tu org PNTAI TIMUR panggil ASAM PEDAS. Bukan asam pedas yg ikan pari tu. Itu stail JOHOR. Tp pkai ikan kerisi/merah, ikan sungai pun boleh maaa....


07-10-2006, Safiah Osdam komen :

ooo. kalau saya no komen. sebab saya org sabah. Tapi nampaknya resipi ni macam sedap ja. Kalau kita letak santan mungkin lagi power giler...


18-10-2006, aidazk komen :

kalau org trg tak letak bawang merah & serbuk kunyit.Kita cuma pakai bawang putih,kunyit idup,asam keping,lengkuas, kalau nak sedap lagi tambah cili padi


20-10-2006, norhelma73 komen :

nani, kalo tak silap saya itu resepi kalo nak masak lauk pindang kan?


16-12-2006, junjs11 komen :

ala2 pindang. singgang ni mmg femes kat pantai timur, cuma beza sket2 je. ada org kata, kalau simpan semalaman lagi sedap makan..makan ngan nasi putih, ikan goreng, cicah budu sket..hmmmm.


03-05-2007, shaliza81 komen :

kuah singgang tuh plak kita hirup2..pehg best giler. ade plak petai cicah gan budu..terangkat..adelah bertambah 10 pinggan


06-12-2007, emee komen :

kalu ader jering kemor lagi best..... tempoyak tumbuk lada...mmmm....alahai....mak mertua lalu pun x sedor.....


13-05-2008, vida_nida komen :

org pantai timur mmg suka mkn ikan singgang+cicah budu...bagi yg xsuka budu blh mkn sama dgn kicap..bkn ikan cicah kicap tp kuah+kicap dalam pinggan ns..hirup pun best


08-07-2008, lanzailan komen :

kat kl ni ado ore singgang ikan keronge/jaket.. sedap ko??


17-08-2008, lovelynn komen :

cuba try ikan singgang guna kepala ikan tenggiri...best sgt sbb ikan lembut n bau wangi


06-12-2008, yunik komen :

boleh katakan hari2 saya masak singgang, ank yang umur 4thn mesti mntak nk irup kuah...slurpppp sedap katanya. lagipun resepi nih baik utk kesihatan...


22-04-2009, ierarisidi komen :

kt swk pnggil masak kunyit.......pelik plak bila colour putih jer


21-06-2009, fazihafid komen :

masak singgang..pindang..lebih kurang je...singgang sedap lg tambah bendi, tomato, daun kesum..di penang pun ada juga tp tak perlu letak lengkuas....kunyit wajib sebab tak bestlah kalau singgang putih...nanie,mungkin emak awak masak asam pedas org utara..tak sama ngan asam pedas org melaka, johor tu...masak singgang ikan kembung pun sodap jugak...


11-08-2009, nglynnyan komen :

nampak best gak resepi ni yek.


09-01-2010, kaka komen :

hmmm.. lame x mkn lauk singgang ni.. tp, family kteorg panggil pindang... <--- org muar, jhr. hehehe.. nenek sy kalo masak pindang ni, 2 kali sy tambah.. lagik2 mkn ngan sambal belacan. sedaaaapp gile!


13-04-2010, snm komen :

wah meriahnya rakyat malaysia.berbagai nama dan cerita pasal singgang.kalau domam-domam sememangnya menjadi lebih berselera.resepi sihat semakin berselera beribadat


20-04-2010, hasma_as komen :

kalau nak tahu lagi lama kuah nih kat atas dapur lagi sedap....terbukti bila saya 3 kali hangatkan...sebab kuah dia lagi pekat... best....si suami mmg selera lah walau dah 3x hangatkan atas dapur...saya taruk budu sikit..


20-08-2010, sulia hafila komen :

mungkin ini ikan singgang org pahang..tetapi ikan singgang org trengganu lagi sedap..kerana takde serai mahupun bawang..hanya lengkuah,kunyit hdup & bawang putih..biasa saya akan rebus bahan itu dlu brsama asam kping kmudian bru msuk ikan aya..sya juga letak nisan ( bkn gula merah) utk mengelakkan ikn singgang brasa hanyir..cubalah..klu ltak kunyit hdup kuah tu akn brasa sgt kunyt xmsk..


20-08-2010, sulia hafila komen :

azian : itu bkn asam pedas..asam pedas bawang bsar,putih,halia & lada kring..pas2 asam jawa & daun kesum..mlaka & johor kuat dia pkat skit..tp mgkin cra msing2 brbza..


30-12-2010, nursha01 komen :

Kita pun dah try resipi nih..selera betul makan..minta izin nak copy ye resipi nih..boleh rujuk bila2 nak guna..best sgt sebab cari jer kat sini nak masak ape..semua ada..


04-01-2011, 659727 komen :

msakan ni sesuai untg orang yg nk diet n ada pelbgai penyakit terutma sesuai untk org tua2


05-03-2011, melur_12 komen :

ada singgang, ada pindang, ada asam rebus,


20-03-2011, Zulhelmi komen :

Saya dah cuba 2 kali guna ikan tongkol tapi saya panggil ikan kayu. Dua kali saya buat tapi kuah masih tak sedap. Saya bagi anak saya makan tapi dia kata uwekk (tak sedap le tu) Kenapa ya.. Apa masalah nya. Saya masukkan ikan tongkol, bawah putih, bawang merah, cili merah, asam keping, gula, garam, bendi, tomato dan kunyit ke dalam air rebusan tapi tak menjadi.


20-03-2011, nuni komen :

mungkin x cukup masamnya...selalunya org guna asam keping yg lembab2, kaler hitam tu. agak masam skit.kalau guna yg tu sy letak 2-3 keping.pastu lengkuas kene byk (1 inci dipotong nipis2).garam & gula mesti cukup.baru perfect.x perlu masuk tomato.nanti bukan singgang namanya.try masak lebih lama skit.biar ikan tu rasi dgn rasa masam, manis, masin tu.


21-03-2011, Zulhelmi komen :

Ok thanks for your advice Nuni. Hari Sabtu ni third round punya trial :-)


24-03-2011, sabariahmaryam komen :

sy baru je cuba td, n dah habis pun hehe..tapi sy letak 1 sudu besar budu, asam keping kene lebih, klau tak bau hanyir, n garam secukup rasa, sodap btl, dan sesuai sgt sbb skrg tgh berdiet, tq emy den sbb share resepi ni, dah lama nk cuba masak singgang ni tapi tkut tak lalu makan sbb ikan hanyir, tapi rupa2 nya first trial i menjadi...toce toce.


29-07-2011, Frangipani komen :

Sy dah merantau byk negeri & tau singgang ikan aya ni femes di pt timur. Ada jgak negeri lain yg msk mcm ni tp letak kunyit & pnggil masak pindang. Tp mak sy (org phg), mmg masak putih aje.. Ada org yg xbiasa kata pelik, geli, hanyir dsb. Tp sy rasa kalo cukup asam, bwg & lengkuasnya, mmg xde masalah - singgang ikan aya ni mmg fevret sy..! Cuma kalo sy msak, sy gelegakkan dulu air brsama bahan2 lain then baru msukkn ikan sebelum dperisakan (garam/gula/serbuk perasa) - sy cuma letak garam shj sbb xbrp suka gula dlm masakan... :)


29-08-2011, JTMPU29 komen :

HUHU....1ST TIME NAK TRY...HARAP2 MENJADI


10-10-2011, rita heryani mhd idris komen :

mak mertua sy org besut, kalo x silap saya dia rebus dulu ika aya tu ngn asam keping supaya x hanyer n isinya lebih lembut, lps tu baru dimasukkan ke air rebusan yg dah didih, kalo nak buat lauk nasi dagang pun dia rebus dulu ikannya.


24-11-2011, gloxenia komen :

yg biasa sy buat masak pindang sy rebus dulu bwg merah dan bwg putih hiris bsama halia, bwg puth tu lebih sikit, letak sikit kunyit serbuk, asam keping, cili api siam yg org letak dlm tomyam tu belah dua letak 3-4 biji, gula sikit je n garam, dah didih baru masukkn ikan n masaklah dlm 2-3 min. sy suka guna ikan senangin brsaiz sederhana. biar semalaman, esok dipanaskn sekali lg baru makan supaya meresap rasa kuah pd ikan tu, 3 x panaskn pun lagi sedap. menu inilah yg sy makan hari2 masa pantang (cuma tambah lada hitam tumbuk instead of cili siam) dan sepanjang tempoh medication sy, boleh reduce berat badab sbb menu ni sihat.


29-11-2011, slewgearbox komen :

Salam...kak RITA heryani, nk tanye bole...akak dari sri melaka o segambut ker?? pls reply at.... "slewgearbox@yahoo.com.au"


28-07-2012, John Labu komen :

As'kum rita heryani mhd idris! Apa Khabar anda? 20 tahun lebih kita tak jumpa. Berapa orang anak sekarang? Kalau sudi tolong contact saya di John_labu25@yahoo.com. Thanks!


09-10-2012, akma_4th komen :

1st time sy buat kat rumah mertua (pdhal dah kawin 3 thn dah), tp kurang menyengat la singgang sy. rsnya sbb kurang lengkuas dan sy guna bawang merah india. dah berubah jd warna pink plak kuahnya. sy org klate, singgang xletak kunyit.


12-07-2013, zanarianamamaputri komen :

kalau nak pedas letak lada besar ke lada kecik lg best


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu