Google+

oleh: tulip putih Rendang tok

No picture

belajo ngn org perak


Created on : 02-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi tulip putih




Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • 1 kg daging - dipotong kecil
  • 2 cawan santan pekat ( blh ganti dengan susu cair )
  • 2 sudu kerisik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 120gram gula kabung
  • Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan kisar :
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan manis
  • sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 biji buah keras ( nk rasa lebih lemak)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cli kering
  • 5 batang serai
  • 5cm halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah pelaga

Cara-cara

  1. Daging mesti digaul bersam-sama bahan yang telah dikisar.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan tuangkan santan.
  3. Masukkan kerisik, kulit kayu manis, buah pelaga dan gula kabung ke dalam kuali.
  4. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak hangus da melekat. Apabia hampir kering, masukkan garam secukup rasa.

Tag









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (18)

20-08-2007, anuarhida komen :

gula kabung tu hapa?


12-04-2008, salehhin komen :

Gula kabong tu setengah tempat dipanggil gula MELAKA


13-10-2008, mamaIrfan komen :

teringin nak try...husband i suka mkn rendang..tp i xreti nak buat...tiap kali nak mkn mak i yg masakkan..ermmm..i nak try la resepi u nie...


17-04-2009, chica komen :

yang sy buat bahan kisar tu x perlu kisar tapi goreng sedikit supaya kering dan bila dimasukan dalam rendang tu ia akan separuh hancur, bila makan terasa rempah tu - resipi sy dr nenek- kami berniaga rendang tok utk kenduri


30-08-2009, muscleman komen :

Teman org perak tp x reti nk masak..nanti teman nk try masak rendang tok ni...kalo menjadi, nanti teman panggil kome semua makan...


31-08-2009, paklongpaka komen :

nak try raya ni.


06-09-2009, ChikoMiee komen :

nie tul..


05-10-2009, hasni8477 komen :

saya suka sgt makan rendang tok ni.tak sabar nak cuba masak .


12-10-2010, noryati komen :

bes2


19-11-2010, dapur mama komen :

raya korban ni byk dpt daging lembu..ingat nk try wt rendang tok ni..mesti meletop punye.


09-03-2011, zie60 komen :

ngape bahanye banyak beno ,kawan2 bagi la paling senang ,klau teman cube jadi bole le ajak kawan2 makan


25-03-2011, zalhus komen :

kalau nak tambah kerisek okey tak?


07-04-2011, ejan pop corn komen :

chek ni org penang,telioq la plak resepi ni,nak try wat lah,kalau jd chek nak meniaga dkt penang,nanti nak pnggl satu penang mai cuba makan chek masak rendang tok ni..


21-08-2011, siti khadijah mohamad komen :

sedap ke sebab raye thn nie akak nak bwat


23-08-2011, rohanisahuri komen :

Emmm.... sedapnya, dah meleleh air liur akak nie dik. Petang nie nak makan rendang tok dengan lemang.


25-08-2011, YUSMANIRA komen :

mcm sedap jerk,boleh try utk raya nt,selalunya masak resepi rendang yang senang....


27-08-2011, serimah komen :

rasanya raya tahun nie nk buat rendang tok sebab selalu duk buat rendang biasa saja....nk cari kelainan la pulak......harp2 sedaplah ye


29-08-2011, zawati ismail komen :

harap2 menjadi 1st time nak buat.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu