oleh: alma Nugget paprika

Nugget_paprika_ready

lg resipi nugget, saja2 je tukar2 resipi...kegemaran anak2


Created on : 01-08-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi alma




Share


Bahan-bahan ( 20 - 25 ketul )

  • >>> Bahan asas <<<
  • 400gm daging ayam kisar (minced chicken meat)
  • 3 sdb oatmeal
  • >>> Bahan perasa <<<
  • 1 sdk serbuk paprika (paprika powder)
  • 1 sdk butter (cairkan)
  • ½ sdk garam
  • ¼ sdk serbuk jintan putih (cumin powder)
  • ¼ sdk serbuk jintan manis (fennel powder)
  • ¼ sdk serbuk lada sulah (white pepper powder)
  • >>> Bahan lain <<<
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit breadcrumbs (orange colour)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng (sebaiknya guna non-stick fry pan)
  • Sedikit tepung utk membentuk nugget.

Cara-cara

  1. Campur dan gaul rata semua bhn asas dan bhn perasa.
  2. Kemudian, dgn tangan beralaskan sedikit tepung, bentukkan nugget seketul demi seketul Letak nugget yg telah siap dibentuk di atas bekas yg ditaburkan sdikit tepung, agar tak melekat (boleh disimpan dlm peti jika mahu menggoreng >24jam).
  3. Utk salutan luar: Dalam satu bekas, kacau telur bersama garam. Kemudian letak breadcrumbs atas bekas/piring leper. Dlm pada itu panaskn kuali dgn api sederhana.
  4. Bila minyak dah panas, kecilkan api sedikit. Pastu celupkn nugget dlm telur kemudian salut dgn breadcrumbs, kemudian goreng nugget (masak dgn api sederhana/kecil). Bila dah kekuningan, angkatlah & boleh dihidang bersama sos tomato/cili sbg pencicah atau dimakan begitu sahaja.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

01-08-2007, Kak Gie komen :

Baru jer join jadi member..., dah pernah cuba resepi biskut, mmg sedap dan menjadi. Boleh buat utk raya nanti...! Anak2 akak suka mkn kalau ibu dia org buat sendiri... tu yg rajin cuba resepi yg senang dibuat dan sedap plak tu!


01-08-2007, Mami Cheril komen :

breadcrumbs yg kaler orange cam ne yek?slalu nengok breadcrumbs tu kaler putih ala-ala putih peach...


01-08-2007, alma komen :

>> selamat join MyR kak Gie..... >>mami, kt kedai supplier bhn2 kek biasanye ada juai 2jenis, white & orange. try ler carik, insyaAllah ada.


01-08-2007, dilla1516 komen :

nak trylaa buat.. slalu yg beli mcm x puas makan.. ni dah ada resepi blh cuba.. puas skit makan...


01-08-2007, Mami Cheril komen :

Owwhh..adalah kat kedai supplier....kalau ada masa,i leh gi...


02-08-2007, Delila komen :

tak pun...pakai jer cara del....amik biskut jacob hi fiber...tumbuk sampai lumat...jadi ler bread crumb..hehehehe..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu