Google+

oleh: harligt Satay Melayu Asli

27-07-07_2039

Satay penang mari..


Created on : 31-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi harligt




Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
  • BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
  • BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
  • BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
  • BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (4)

Sate_001
01-08-2007
tadaaaa......hmmm sodap, yg cucuk tuk mimi & fahmi....yg seketul tu tuk hb..licin..
Laporan oleh: yana

hehehehe..buat bbq skali ek?

Resize_9
24-10-2007
satay perantauan, bakar atas stove aje
Laporan oleh: pemes_chef
Foto0222
23-02-2012
sdap satay ni harligt .. trma ksh.. dh byk kali bt.. prap lama ptua dr kwan bt pg smpan dlm pti sjuk mlm bru bkar lg lmbt.
Laporan oleh: Norriyah
2
19-08-2012
Satay daging & ayam sangat sedap hehe tksh
Laporan oleh: toowex

Komen (22)

31-07-2007, checkmate komen :

dapnyer..nak cuba nnt


31-07-2007, harligt komen :

sebenarnya tak susah pun nak buat satay ni.antara rajin dengan malas je.try le.


31-07-2007, waheedeana komen :

min bhn percik tu leh capur ngan bwg putih x? klu wat bbq tu ader letak bwg putih di ketuk sikit...nk try ar wat 2org punya mkn dulu....


31-07-2007, harligt komen :

buleh..tak salah.kita yang buat dia.keskeskes.kami nak g rumah ni kak ana.sempat juga borak dengan kak ana hari tu.


31-07-2007, waheedeana komen :

bolehhhhh....dialu2kn....


31-07-2007, waheedeana komen :

ilang dah....heheh.....;)


31-07-2007, Mami Cheril komen :

dari penang....


31-07-2007, waheedeana komen :

mami nape delete.....


31-07-2007, Mami Cheril komen :

waheedeana,takot kalo tak jadi...bukan i yang buat tu,my sis..kalo tak jadi kang,habis i..baik i boh resepi yg i buat je...


31-07-2007, harligt komen :

a'ah nape delete mami??org baru berangan nak try


31-07-2007, harligt komen :

tu la mami.baik bubuh yang sendiri bikin.pic dia lawa.mcm beli kat kedai.kang kami buat tak jadi lagi jenuh mami nak kena jawab.dosa oooo buat org membazir makanan.


31-07-2007, waheedeana komen :

lor ingatkn mami dh try.....baru nak berangan gak....ek eleh....


31-07-2007, Mami Cheril komen :

itulah harlight,sib baik mami delete..kang ada yg terus try,meletop dapur..habis mami..


22-08-2007, juwita komen :

kalau bakar dalam oven ajer boleh tak?


24-10-2007, pemes_chef komen :

blh tahan gak rasanya, sy buat hari raya kedua hari tu, yg lawaknya, lidi satay yg sy guna tu pendek2 aje, 3/4 dr lidi satay biasa, sy guna toothpick aje tu..hekhek...dok perantauan, guna je la ape yg blh dpt..hihi


05-03-2010, fieka_nas komen :

salam...nk tnya...yg resepi bahan percik tu...memang kena tmbah 4 sudu besar susu tepung kew???


05-08-2010, maminkila_80 komen :

Thanks beb..Amit berguna unutk orang lain.


14-05-2011, zaidatulahcma komen :

nt nk try


14-05-2011, zaidatulahcma komen :

nt nk try


10-06-2011, zzt komen :

sedap sgt..........., sy dah berjy cuba resipi ni, hinggakan bakar ayam pun saya guna cara ni.


06-07-2011, shahrul94 komen :

sye nak cube bt laaaa. walu pun umr baru 17 tpi saye minat memasak. sape2 nak resepi ke emel je kat saye atau fb undertaker_shah94@yahoo.com. nak buat menantu atau suami pun boleh...hihihihihihihihiiii. guau jeee.. \


05-11-2011, niem komen :

baru nak try...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd