Google+

oleh: sherry_mz Puding Cheese

Dscn1016

Orang Sarawak panggil Bingka


Created on : 30-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sherry_mz




Bahan-bahan ( 8x8 inci )

  • 1 bungkus agar-agar
  • 3 gelas air
  • 1 gelas gula
  • 4 biji telur ayam
  • 11/2 gelas tepung gandum
  • 1/2 tin susu pekat
  • 250 gram butter
  • 1 botol kraft spread cream cheese @ philadelphia cream cheese (250 gram)

Cara-cara

  1. Agar-agar di masak dgn 3 gelas air & 1 gelas gula.
  2. Pukul telur sampai putih & kembang.
  3. Masukkan butter, pukul lagi hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan susu pekat & tepung gandum. Gaul rata.
  5. Masukkan pula spread cream cheese. Gaul lagi hingga betul2 sebati.
  6. Akhir sekali tuangkan agar2 yang telah dimasak tadi. Gaul dengan cepat agar agar2 tidak beku & berketul2.
  7. Masukkan ke dlm acuan atau loyang berukuran 8x8 inci.
  8. Kemudian ambil satu lagi acuan berukuran 81/2 x 81/2 inci dan masukkan sedikit air ke dalamnya.
  9. Letakkan acuan adunan ke dalam acuan yg berisi air. (kaedah double boil)
  10. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 150C, api atas & bawah selama 1 jam 30 minit.
  11. Potong puding bila ianya betul2 sejuk & agak keras.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (1)

Puding_cheese
14-04-2012
TQ untuk resepi ni, saya kurangkan gula kepada 1 cawan, tambah sikit krim putar.
Laporan oleh: misa@ytyt


Komen (11)

30-07-2007, FarahNana komen :

farah suka makan benda2 seangkatan dengan ni.boleh cuba nanti.tapi mcm mana nak buat laporan ya?farah tak faham sangat


30-07-2007, sherry_mz komen :

Farah...kat sebelah kanan gambar resepi tu ada tercatat "Tulis Laporan", klik je kat situ... masukkan gmbr..pastu hantar...


30-07-2007, adlin komen :

sayer nak mkn bende nie,,, tapi sayer tak reti bwt !!!! sape larh yang baek2 tu,, tolonglarh bwt kan untuk sayer... dh kempunan nie....


30-07-2007, peekaboo komen :

ini risepi dari sarawak ke? mesti sedap...nanti nak trylah.....


30-07-2007, mishah63 komen :

Hai...nampak sedap dalam gambar nak cuba tapi nak sure sukatan 1 packet agar2 tu bersamaan berapa gram? Sukatan gelas tu besar mana sebab saiz gelas tak sama, jika ikut sukatan liter berapa ye? ukuran telur tu saiz agak2 berapa gram? Maaf byk tanya sebab nak confirm betul2 sebelum buat .


31-07-2007, sherry_mz komen :

Mishah63...tak kesah gelas besar manapun..coz bila guna gelas yg sama utk semua sukatan...ianya tidak mendtgkan kemudaratan.. hehehehe... telurpun ikut suka..nk guna gred A ke B ke...tp bgs guna gred A... butter lak tak kisah guna butter apa...tp kalu kt msia baik guna buttercup...lg sedap...tq


31-07-2007, sherry_mz komen :

Opss...satu lg...agar2 yg sederhana paketnya... byk agar2pun takpe.... juga tidak mendatangkan kemudaratan...


08-09-2007, hana98 komen :

haaaa,bolehlah hana buat masa bulan puasa nanti.Alah buat pencuci mulut je....


12-01-2008, dj_vjuice komen :

hmmm...nampak best. Boleh cuba ni...


11-07-2008, mummysara komen :

sedap puding ni...saya dah 2 kali cuba...semua nya berjaya...sampai kawan2 di ofis pun suka minta resepi ni...thank you....!!!!


01-04-2011, faizaarharun komen :

Terima kasih atas resepi ini...mmmm nampak sangat sedap.....esok pasti nak cuba ....anak saya mesti suka....kalau saya tambah dengan buah2 sedap tak????


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd