oleh: harligt Honey Ball Copia

27-07-07_2318

Resepi olahan sendiri..resepi asal dari GIL kat overC...


Created on : 28-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi harligt




Share


Bahan-bahan ( 10 biji atau lebih )

  • 600 gram serpihan kek span apa-apa perisa
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 60n gram kismis kuning
  • 2 sudu besar madu
  • BAHAN KRIM MENTEGA
  • 2 biji telur grade A
  • 120 gram gula
  • 400 gram mentega
  • 100 gram shortening
  • BAHAN HIASAN
  • Gulu-gula bintang secukupnya
  • Gula-gula urai warna warni secukupnya

Cara-cara

  1. Gaulkan serpihan kek, mentega kacang, kismis dan madu dalam mangkuk pengadun.Masukkan krim mentaga perlahan-lahan.Adun hingga bahan-bahan ini menjadi sebati dan licin.
  2. Uli dalam bentuk bebola seberat 50 gram setiap satu.Golekkan bebola ini dalam gla-gula urai.Masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam.
  3. Keluar kan dari peti sejuk dan paipkan krim mentega di atasnya.Letakkan sebutir bintang.
  4. CARA MEMBUAT KRIM MENTEGA
  5. Whisk kan telur dan gula dgn menggunakan teknik double boiler hingga pekat.Kemudian masukkan adunan ini kedalam mixer dan pukul hingga ringan dan sejuk.
  6. Dalam bekas lain pukul mentega dan shortening hingga kembang dan gebu.Kemudian campukan adunan ini ke dalam adunan telur dan pukul hingga sebati.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (10)

28-07-2007, magzron_83@yahoo.com komen :

macam mane nak buat nie...???? tak de cara2nye pun......


28-07-2007, Mami Cheryl komen :

entah,harlight ni pegi mana dia????


28-07-2007, harligt komen :

dah siap pun...tadi ade customer datang.sorry..


28-07-2007, hzasabrina komen :

harlight...copia mkn bnyk x? or mummynye yg tlg mkn kan...hehehehe...


28-07-2007, harligt komen :

hehehehe...copia ade mkn sikit je.mummy dia makan kekekeke..


30-07-2007, FarahNana komen :

yang ini pun cute.mudah nak buat.


30-07-2007, adlin komen :

nampak sedap.... x tau larh senang x nak wat. balik umah nanti org nak cube...


30-07-2007, Delila komen :

adlin....tak susah pun nak buat nih...very yummy....


01-08-2007, lilsy75 komen :

Errmmsss..... nak tanyer la sket, camana wat teknik double boiler tuh ? Thanks !!


01-08-2007, harligt komen :

lilsy75...teknik tu..teknik mereneh..masukkan air dalam periuk.didihkan dan dalam peruik yang kecil sedikit masukkan bahan yang kita nak renih atau cair kan tu...kemudian letakkan periuk ini di dalam periuk yang air tengah mendidih tadi..tapi pastikan tak ada air atau wap air yang masuk ke dalam periuk yang kecil tu..terutamannya ketika mereneh coklat kerana coklat cepat keras jika kena air.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu