Google+

oleh: cindaibiru Salsa Hot Dippers

Salsa__

Mudah, pencicah mexican yang dimelayukan. Sedap untuk mkn dgn keropok @ kerepek perisa cheese.


Created on : 27-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cindaibiru




Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )

  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/4 biji capsicum hijau
  • 1/4 biji capsicum kuning
  • 2 biji cili padi (klu suka pedas boleh tambah)
  • 1 sdt gula
  • secubit garam
  • secubit dry mixed herb
  • 1/2 sdt mustard
  • Sedikit cuka makan atau air limau nipis.
  • air
  • Olive oil

Cara-cara

  1. Tomato di kisar halus bersama cili padi.
  2. Capsicum hijau, kuning dan bawang besar dipotong dadu.
  3. Dgn api kecil masukkan olive oil, bahan yang dikisar halus dan sayuran.
  4. Masukkan garam, gula, cuka, air, dry mixed herb dan mustard. kacau hingga sebati.
  5. Masak hingga sayur layu. Rasa asam, garam dan gulanya.
  6. Sedap dimakan dgn kerepek cheese (beli je kat memana) selamat mencuba.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (3)

28-07-2007, eugeniadarwis komen :

Oooo....pencicah mexican yg dimelayukan dgn cili padi....mcm sedap je Erin, leh try ni.


28-07-2007, cindaibiru komen :

Try ler, sy giler mkn sos ni ngan keju crisp, yummy!!


21-07-2009, pisces^amie komen :

nk ty.. capsicum tu aper?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd