oleh: waheedeana ayam kurma bonda

Dscn3284

resipi turun temurun dan kesukaan sekeluarga


Created on : 26-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 ekor ayam di potong 16
  • rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga )
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • ' * ' bahan yg di kisar
  • * 1 biji bawang besar
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 5 sudu besar rempah kurma
  • 2 biji kentang di belah 2-4
  • air secukupnya
  • minyak sapi/minyak masak
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
  2. selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit
  3. masukkan ayam dan ubi kentang kacau sebentar selama 5 minit
  4. tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam dan ubi kentang hingga empuk
  5. masukkan gula dan garam ikut suka rasanya.
  6. tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

06-07-07_1245
26-07-2007
hehehe..korma nih makan kat wad aritu..sedap wooo....
Laporan oleh: Delila

ni lauk spital ke del....hihiih

28-07-07_1837
02-08-2007
lauk last weekand...sodapppppppppp...yumyumyum....
Laporan oleh: hzasabrina

tima kasih kerana mencuba

Dsc03700
08-07-2008
1st time masak kurma ayam tanpa santan.. blm mkn lagi tp anak2 cakap sedap .. tQ waheedeana
Laporan oleh: yatiezaini

amboiii yati, menyelerakan nampak...tq kerana mencuba...;-)


Komen (10)

26-07-2007, hzasabrina komen :

kuar gak akhirnye...sedapnyeeee....


26-07-2007, Delila komen :

hahahaha..jadi pun..kak ana...nanti del tepak pic...sedap sangat..


26-07-2007, waheedeana komen :

wakakakaka....mekasih....percubaan pertama tepek gambo.....kikiki


26-07-2007, shima_2210 komen :

Lama tak mkn kurma, nnt2 bleh ler buat. ank suke kurma ni tp plan nk wat choc kek. tgh kmaruk choc kek. nk tumpang tya, cafe k'del nama apa? sy pn org png gak, mana lah tau kot2 terblik png, terjln blh ler ter singgah.


26-07-2007, Delila komen :

deeja cafe


26-07-2007, eugeniadarwis komen :

Ha ha ha Ana berjaya gak akhirnya tepek resepi kat sini...tahniah!


26-07-2007, checkmate komen :

yum..yum..ien pun ade wat smlm hehehe


26-07-2007, abi komen :

npak sedap jer..bleh cba ni.


26-07-2007, waheedeana komen :

hihihi.....baca cite ien ngan za tu yg wat tu..... abi, klu guna minyak sapi lg best......


02-08-2007, Lilydvalley komen :

hza... ko dah ada esbok...leh la ari2 masak sedap ya? hehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu