Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi De Love Story Torte

 Submitted By On 25 July, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Khas utk my lovely wife...Gabungan cheese cake dan 2 jenis sponge cake.Ciptaan sendiri.Minta maaflah sebab caranya rumit sikit.Tapi cukup puas hati utk dihidangkan semasa hari-hari istimewa.

Ingredients
  • KEK SPAN KOPI
  • KEK SPAN VANILLA
  • 250 g tepung kek span vanilla
  • 4 biji telur grade A
  • 50 ml air
  • 80 gram mentega (dicairkan)
  • 2 sudu besar tepung gandum (D)
  • 130 ml krim putar (C)
  • 1 biji lemon (diparut kulit luarnya sahaja) (C)
  • 250 g krim keju (B)
  • 20 g tepung jagung (A)
  • 3 biji kuning telur grade A (A)
  • 20 g gula (A)
  • 150 ml susu UHT (A)
  • KEK KEJU
  • 80 g mentega (dicairkan)
  • 50 ml air
  • 4 biji telur grade A
  • 250 g tepung kek span kopi
  • 60 g kismis kuning (D)
  • 3 biji putih telur grade A (E)
  • 60 g gula (E)
  • 1 sudu besar jus lemon (E)
  • KRIM MENTEGA KOPI
  • 400 g mentega
  • 100 g shortening
  • 180 g gula icing
  • 2 sudu besar kopi emulco
  • GLIS COKLAT
  • 250 g dark chocolate (dadu kecil)
  • 300 g krim putar
  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar madu
  • BAHAN HIASAN
  • 8 biji walls mini poppers
  • 4 batang biskut love letter perisa coklat (patahkan 2 setiap satunya dan dicelupkan ke dalam glis coklat)
  • Coklat putih yang telah dicairkan (double boiler)
  • Sedikit coklat urai
Instructions
  1. Pukul putih telur (E) hingga berbuih.Masukkan gula dan jus lemon.Pukul hingga pekat dan tambah adunan keju.Pukul lagi.

  2. Pukul krim keju hingga lembut dan licin.Masukkan (A) dan adun sebati.Masukkan (C) dan adun lagi.Masukkan (D) dan pukul hingga sekata.

  3. Panaskan hingga mendidih susu (A) dan gula (A).Masukan kesemua bahan (A) dan kacau atas api perlahan hingga sebati dan pekat.Ketepikan.Biarkan sejuk.

  4. CARA-CARA MEMBUAT KEK KEJU

  5. Masukkan tepung dan telur ke dalam mixer dan pukul hingga pekat.Tambahkan air dan pukul lagi hingga gebu dan lembut.masukkan mentega dan gaul hingga sebati.Tuangkan dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.

  6. CARA-CARA MEMBUAT KEK SPAN VANILLA/KOPI

  7. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak di bawan dan tepinya.Letakkan kek span vanilla di dasar dulang dan tuangkan adunan kek keju diatasnya.Bakar pada suhu 150 darjah C selama 2 jam atau hingga masak keseluruhannya.Keluarkan kek dengan segera dari dulang pembakar bila telah masak.

  8. CARA-CARA MEMBUAT KRIM MENTEGA KOPI

  9. Putar mentega dan shortening hingga licin.Tambah kopi emulco dan gula icing.Pukul hingga kembang dan gebu.

  10. CARA MEMBUAT GLIS COKLAT

  11. Masak krim putar dan madu hingga mendidih.Masukkan coklat.Kacau hingga cair dan masukkan mentega.Kacau sebati.

  12. CARA MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS

  13. Letakkan kek span kopi di atas "turn table".Sapukan bahagian atas kek span kopi dengan krim mentega kopi.Kemudian letakkan pula kek keju diatasnya.Dengan menggunakan "cake cutter" utk acuan bulat 9 inci tekapkan sedikit di atas kek keju cukup sebagai penanda sempadan.Letakkan walls mini poppers di setiap segitiga yang terbentuk.Curahkan pula glis coklat keatas kek tadi dan goncangkan agar glis rata diatas kek.Cucuk di belakang poppers dengan biskut love letter.

  14. Sapukan di sekeliling kek dengan krim mentega kopi dan taburkan coklat urai disekelilingnya.Kemudian dengan menggunakan "cake cutter" potonglah kek ini menjadi 8 bahagian.Buatlah belang-belang pada atas mini poppers dan love letter dengan coklat putih.Siap utk dihidangkan kepada yang TERSAYANG.

  15. Seeloknya simpan kek ini dalam peti sejuk.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All