Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Botok-Botok Ikan

 Submitted By On 21 July, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Inilah pertama kali cuba buat botok2, selalu pi beli saja....ingat ye!! "botok2" tau bukan "botox2"......

Ingredients
  • 5 ekor ikan kembong hijau (ikan kembong jenis besar)
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 6 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 1/2 cawan pati santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 camca teh jus asam jawa
  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 2 helai daun kunyit*
  • 1 genggan pucuk daun kesum*(*dihiris halus)
  • 2 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • BAHAN2 UTK DILAPIS:-
  • Daun pisang secukupnya
  • Pucuk ubi
  • Pucuk betik
  • Pucuk mengkudu
Instructions
  1. Satukan bahan2 kisar dgn bahan2 lain, kecuali bahan dihiris halus. Masak dalam kuali hingga bahan2 jadi pekat. Kemudian masukkan bahan hiris dan gaul hingga rata. Matikan api, angkat dan ketepikan.

    Step_By_Step_203.jpg
  2. Ikan dibersihkan dan potong dua setiap ekor. Lumur dgn sedikit garam dan ketepikan sebentar.

    Step_By_Step_202.jpg
  3. UNTUK MEMBUAT BOTOK2:- Siapkan sehelai daun pisang berukuran (10 x 10) inci. Letak sehelai pucuk betik.

    Step_By_Step_204.jpg
  4. Kemudian lapis pulak dgn pucuk mengkudu.

    Step_By_Step_205.jpg
  5. Akhir sekali dgn pucuk ubi.

    Step_By_Step_206.jpg
  6. Ambil sedikit rempah (lebih kurang satu camca besar), bbuh atas pucuk ubi tadi.

    Step_By_Step_211.jpg
  7. Bubuh ikan atas rempah tadi (1 ekor ikan yg telah dipotong 2).

    Step_By_Step_207.jpg
  8. Kemudian bbuh rempah atas ikan dan rata kan.

    Step_By_Step_208.jpg
  9. Kemudian bungkus dan semat kan kiri dan kanan daun pisang dgn lidi sate.

    Step_By_Step_210.jpg
  10. Kukus atas air mendidih selama 25 - 30 minit.

    Step_By_Step_212.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All