Google+

oleh: alma Nasi Dagang Gulai Darat Ayam

Nasi_dagang_gulai_darat_ayam_ready

Resipi ibu mertua. Pakej nasi dagang. Dah berbulan2 terperap dlm PC, baru skg teringat utk dikongsikan…


Created on : 21-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi alma




Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • --->Bhn nasi dagang<---
  • ½ kg beras nasi dagang
  • 1 genggam beras pulut
  • 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
  • ¾ cawan pati santan
  • 2sdk halba (fenugreek)
  • --->Bhn gulai ayam masak darat<---
  • ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
  • 2 sdb rempah/awas darat
  • 2sdb kerisik (fried grated coconut)
  • * 6-7 ulas bwg kecil
  • * 3-5 ulas bwg putih
  • * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
  • * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)
  • :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
  • 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
  • 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
  • Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
  • Cili muda dan/atau merah (belah dua)
  • --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
  • Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
  • 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
  • Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam

Cara-cara

  1. --->Cara masak nasi dagang<---
  2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
  3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
  4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.
  5. --->Cara masak gulai darat ayam<---
  6. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya.
  7. Gulai_darat_ayam
    Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat.
  8. --->Cara buat sambal kelapa<---
  9. Campurkan kelapa & bhn2 hirisan dlm kuali dan gorengkan tnpa minyak. Dgn api sederhana, kacau2 tanpa henti buat 2-3min.
  10. Kemudian tambah manisan & garam, rasa utk dptkan rasa sambal tu masin2 manis. Kacau2 buat 1-2min dan angkat.
  11. Sambal_kelapa_nyo_
    Bila sambal dah kurang panas sket, kisarkan tp skejap aje, jgn smpai halus.
  12. --->Nota: Ni optional, rebus 2-3bj telur, rendamkan skali dalam gulai ayam td.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (2)

Picture_144
21-07-2008
gulai sedapppp sgt!
Laporan oleh: maya_zakry

Alhamdulillah...selamat mkn

___017
16-04-2009
sedap wlp guna beras jasmeen jer...xder rempah gulai darat,hentam jer rempah kari adabi..tq alma!!
Laporan oleh: are3646

welcome are



Komen (14)

21-07-2007, Mat Gebu komen :

Bab nasi tu ok, tapi bab gulai tu mana laa nak cekau rempah "awas darat"....rempah apa tu ek?....kat belah johor nie tak pernah jumpak lagi laaa...


21-07-2007, sukamakanje komen :

haha..ciannyer..kasi alamat u nanti saya balik klate beli kat u..rempah tu kat belah pantai timur aderla..kat johor tak pastila pulak..tapi dia lebih kurang rempah kari la jugak cuma beza skit je.....sedap wak....kalau masak gulai daging wat cara nie pun sedappppp sesgttttt....yummy...


21-07-2007, Mat Gebu komen :

Lagi satu bukan mat nak puji org2 pantai timur nie (yg pandai masak laah), mereka kalau masak ikan tuna, saling tumpah rasa mcm ikan sardine.....


22-07-2007, adyputra komen :

eh betul ke boleh belikan.. berapa ringgit? kalau nak kirim boleh?


23-07-2007, sukamakanje komen :

thanks mat..nie yg bersemangat nak masak nih..hehe... adyputra: boleh..aper salahnya..tak kisahla. kalu kat kelantan tu murahla. bergantungla wak nak masak banyak mana. kalu ayam seekor atau daging sekilo rempah dia rm1.00-rm2.00 jer...


02-08-2007, shaliza81 komen :

nasi dagang org klate mmg banyak lauk..gulai ayam, gulai udang, gulai ikan..letak sambal kelapa untuk tidak mau bagi muak bila makan nasi tuh..letak telur rebus plak..wah..bestnya..


10-08-2007, mishah63 komen :

I pun 1st time dengar rempah nama awas darat ,masakan pun masakan darat!! Tapi kawan di Trengganu kata memang ada rempah khas tu, Klu di Kelantan, depa guna rempah biasa aje, tu yg I tau> I pun biasa masak nasi dagang ni tapi guna rempah kari Adabi sedap juga (kurang bau rempah tapi klu guna rempah Babas macam kuah mamak pulak!! sbb bau rempahnya kuat!!) Tapi I makan nasi dengan jelatah ..(org utara cakap) kurang muak skit, tak buat sambal kelapa sbb kuahnya dah bersantan.


09-05-2008, nonoi komen :

askum ni pasal nc dagang...aku geram betui la..sekali buat jd siap dpuji..tapi kali kedua..kn kutuk.. ntah apa la silapnye


09-12-2008, mlis komen :

makasih penulis resepi.saya tak pernah masak nasi dagang seumur hidup.alhamdulilah jadi jugak nasi dagang saya.ada juga cuba resepi kat blog orang lain..hancur lebur walau ikut cara-cara yang di tulis.tapi resepi ni memang jadi.cuma saya tak dapat guna rempah tu..cari kat pasar tak de.jadi pakai rempah ayam/daging..babas..takdelah saya dapat sebijik macam orang kelantan buat..ok lah untuk orang yang baru belajar masak masakan kelantan walaupun dah kahwin bertahun-tahun dengan orang kelantan..inilah pertama kali cubaan saya berjaya..terimakasih..penulis..kalau dapat resepi buat rempah lagi best..terimakasih..


02-04-2009, shumie komen :

hai smua..i dah buat nasi dagang, gulai darat n sambal kelapa resipi alma nih...x sangka percubaan kali pertama ni menjadi n dpt kepujian..hehe..tp gulai darat tu i tuka guna ikan tongkol hitam...n mmg superb!...tq tq tq oh ye, utk rempah kari lak, i guna rempah kari adabi je....hehe


24-01-2011, zaieyda komen :

waaa.....saya nak try, tp kat srwk nie beras & rempah tu x leh nak dpt.... klu guna beras & rempah lain x nasi dagang namanya.....pernah rasa nasi dagang nie, memang sedap......klu ada bahan2 dah lama cuba masak....


23-08-2011, Lily Putra komen :

As-salam Alma.. nak tanya, resipi gulai darat ayam ni kita boleh buat guna daging @ ikan tak? Perlu tambah @ ubah apa2 tak?


23-08-2011, teruna komen :

xla,,,,buat ikut yg disuruh,,,,@@@


14-11-2011, alma komen :

wsalam lily putra...kalau ikan kita panggil gulai ikan (kene boh asam gelugur & tak perlu kerisik)...daging pun ok.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd