oleh: alma Nasi Minyak Pancawarna

Nasi_pancawarna_ready

Nama lain, nasi minyak hujan panas. Guna beras biasa (enhanced version, lain sket dr makyong pny). nampak bahan byk tp amat mudah menyedianya…sedap dimakan dgn masak merah ayam, jelatah dan/atau goreng kunyit sotong.


Created on : 21-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi alma




Share


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 4 cwn beras (cuci bersih & toskan)
  • 2sdb minyak sapi (ghee)
  • 1sdb mentega/marjerin
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 btg serai (dititik shj)
  • ----> Bahan A <----
  • 900ml air + 1 kiub stok ayam
  • 200ml susu cair
  • 1 bj tomato (potong kiub)
  • ----> Bhn B - kisar (halus) <----
  • 3 ulas bwg merah (kecil)
  • 2 ulas bwg putih
  • 1.5cm halia
  • ----> Bhn C - tumis <----
  • 3-4 kuntum bunga cengkih (clove)
  • 2-3 kuntum bunga lawang (star anise)
  • 1 (4-6cm pnjg) btg kulit kayu manis (cinnamon stick)
  • 2-3 biji buah pelaga (cardomom)
  • ----> Bhn lain <----
  • Perwarna merah, kuning dan hijau (nak warna lain pun boleh)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali bersama myk sapi & marjerin. Bila dah panas, masukkan kesemua bhn C.
  2. Tumis skejap sblm memasukkan bhn B. Tumis hingga layu sahaja dan kemudian masukkan beras, daun pandan & serai. Kecilkan api dan kacau2 sket, dan biar dahulu.
  3. Sementara tu, kacau rata bhn A dalam rice cooker dan on-kan. Teruskan kacau2 beras dalam kuali td dlm 20-30saat lagi sebelum dituang masuk ke dalam rice cooker berisi campuran susu & air tu. Kacau sebati dan biarkan ia ditanak.
  4. Bila hampir kering air didihan nasi, buka lid periuk nasi dan titikkn ketiga2 warna di tiga tempat berasingan. Selepas itu jangan kacau/karih nasi, biar ia betul2 masak. Bila dah betul2 masak, baru kacau/karih/gembur2kan nasi supaya warna2 td berserakan. Angkat dan letak dlm bekas.
  5. ---> Nota: Jika suka kismis, masakkan sekali bersama beras, atau sbg hiasan aje pun boleh (bersama bwg goreng).

Tag



Laporan Masakan Bergambar (1)

N
07-09-2011
gune beras biase je.. sedap jugakk..
Laporan oleh: ieyra

Komen (9)

21-07-2007, Delila komen :

mengingatkan del pada CT nurhaliza lah plak..kikikiki....


21-07-2007, alma komen :

lalalala......


21-07-2007, Delila komen :

hehehehe...tak masuk porem ker?


21-07-2007, Mat Gebu komen :

comeyy sungguh carrot tu......leh buat ulam sambil makan nasi.....


23-07-2007, sheila komen :

nasi nie tiap2 tahun saye buat untk raye..tp kuah gune resipi nasi dagang..banggenye jadi ore klate..ehehehehehehe..hidup klateee


01-11-2007, norazila komen :

tumpang tanya,kita teringin nak buat nasi beriani,tapi kalau tak pakai koma-koma tak pe ke.kita cuma ada pewarna kuning je.


02-11-2007, mrsdayat komen :

norazila..meh sy tlg jawab. k alma bz kot..heheh... bule aje ltk pewarna kuning. xdak mslh..


21-01-2011, hikmah93 komen :

err salam. sye baru je nk bljar msk, pewarna kuning tu mane nak dpt ye? beli kat kedai ckp nk pewarna kuning je ke?


21-01-2011, nOOrsha komen :

hikmah, pewarna kuning ada jual kat kedai2 runcit n pasaraya kat bhgn tepung2, coklat.....cakap pewarna kuning utk kuih, rasenya diorang tau...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu