oleh: fendi Mini pizza

Pizza

Pizza mini.. senang nak buat dan senang nak pegang


Created on : 30-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti

Cara-cara

  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Pizza1
    Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Pizza2
    Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Pizza3
    Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Tag

roti pizza




Laporan Masakan Bergambar (11)

Picture_495
11-01-2007
selalu buat ni tapi toppingnya sampai x nampak tepungnya, heheh..biasalah..ikut selera anak2.
Laporan oleh: junjs11

Terpaksalah ikut selera anak2kan.. kalau nak makanan tu habis..

Dsc01995
26-12-2007
first time i buat..tp, tak jadik la..roti nye keras..camne nak lembut kan doh roti tuh?bleh tak bg tau...
Laporan oleh: farrairyanie
Untitled
27-06-2008
ermm..terima kasih yer tuk resipi ni. First time cube, alhamdulillah jd walaupun sy x letak susu tepung..hihi. Tp lembut la rotinyer, sedap2..family puji..hehe. cume bakar tu terhangit skit..adeii, nxt time bt lg..hehe
Laporan oleh: cintabadi
Mini_pizza
01-12-2008
salam fendi..lembut, uli guna tangan jer..wat utk lunch box anak2..tq atas resipi yg mudah & sedap!yum..yum..
Laporan oleh: as75
09-02-01_15-18
03-02-2009
guna resepi ni tp buat yg besar..sedap lmbut jer..perasmian bread maker ku..hihi
Laporan oleh: sakura>emi
Dsc_0154
11-02-2009
lembik skit doh tu...jd ku tmbh tepung skit,tq yani...pizza ni lembut!!!
Laporan oleh: are3646
Dsc_2190
26-02-2009
walaupun rupanya tidak cantik(ni kes penat jam 9 malam baru si abang minta buatkan pizza) tapi rasanya sedap sekali....
Laporan oleh: zaina
Dsc01829
18-04-2009
Salam, pizza kedua untuk sarapan pagi Jumaat lepas.
Laporan oleh: Sharm1969
___009
15-05-2009
kali ke2 hntr report....bleh buat lg lps ni.
Laporan oleh: are3646
100_5128
20-05-2009
Pizza saya baru kuar dari oven dah posing, lom sempat rasa tapi mesti menyelerakan, tapi saya buat separuh mini pizza dan separuh buat sosej zigzag yang potong tolak kiri tolak kanan tu, coz my son suka yg bentuk ni 9walaupun doh & topping sama tp dia tak gemar pizza. Timakasih tuan resepi muga panjang umur, murah rezeki dan berkat hidup sekeluarga.
Laporan oleh: syari
Pa300338
30-10-2009
TQ tuan punya resepi..anak2 ckap sedap..lembut...ni buat simple je tpping bcoz adik tempah utk jamuan kat sekolah
Laporan oleh: zida_idah

Komen (18)

31-08-2006, zeera komen :

memang senang.. ada masa nak cuba...


22-09-2006, smile komen :

rasenya kalau letak mayonis, mkin bertambah sedap....


17-10-2006, sitiazma komen :

yani, buat doh pizza tanpa bread maker macam buat roti bulat juga ya?


17-10-2006, yani komen :

a'ah sitiazma.. cara uli roti semua sama je.. yg ptg kena uli atas papan uli tu.. kalau uli dlm mangkuk tu.. lenguh jugalah tangan dibuatnya.. lama betul nak boleh jadi licin.. i dah pernah try buat masa belum ada papan uli dan breadmaker dulu.. rasa dah takmo buat dah..


10-11-2006, musliha komen :

yani.. papan uli tu kayu ker? kalau uli atas batu kitchen kebinet tu boleh tak? ada cara tak nak menguli? i buat roti keras kelengkung..


24-11-2006, merin komen :

i selalu gak buat pizza .ambik resepi pada kwn yg pernah study kat uk.tapi rotinya keras sikit.nanti nak cuba resepi ni...memang uli dlm mangkuk payah sikit .silap aribulan dgn mangkuk2 tu terbang.sabar tu penting.buat yani..i bertuah dpt cuba resepi2 roti dari u.i mmg nak belajar buat2 roti ni..sdp mkn.


13-12-2006, junjs11 komen :

dah buat..3 kali dah pun......very nice, tq fendi


23-04-2007, tomato komen :

hai...shortening tu ape..hehehe


19-05-2007, aida-ida komen :

kalo gantikan shortening tu dgn butter jadi tak? takde shortening la.. baru jer beli butter hari tu..


19-05-2007, aida-ida komen :

baru teringat..shortening tu kalo dicairkan, jadi mcm minyak kan..? jadi kalo aida nak guna minyak utk buat pizza ni agak2nya, boleh ker??? :/


31-08-2007, edazman komen :

slm pknlan dr sy.biar sy jwb utk aida-ida.....tak kisah nak guna butter pun boleh.lagi sedap.Setahu saya utk buat doh roti @ pizza kita boleh guna samada butter @ marjerin @ shortening @ minyak masak.....janji benda tu berminyak.biasanya org guna shortening tu sbb murah.harap tips ni berguna.


21-11-2007, faszilah komen :

i rasa nak cubalah...tengok bahan2nya ok senang nak carik...


26-12-2007, farrairyanie komen :

i dah cube buat...tp tak jadik la...roti nye jadi keras..nape erk?bleh bg tau camne nak jd lembut doh roti tuh?


13-01-2008, along_nor komen :

nor nmpk mcm bes jer..nk try jgk r..edazman mmg pndai ek bg tips2 yg brgune..


23-03-2008, yusaini komen :

boleh cuba ni... selalu belai kat kedai aja tak tau nak buat.


14-06-2008, arioferoz komen :

Hi, saja nak share lagi satu easy pizza dough very simple and no butter or egg! 2 cups plain flour 1 x 8g sachet of dry yeast 2 teaspoons castor sugar 1 teaspoon salt 2 tablespoons of olive oil 3/4 cup warm water Method: Combine dry ingredients in large mixing bowl and add oil. knead on a floured surface until soft and pliable. (Add more flour if needed) Return to the mixing bowl and cover with cling wrap and leave in a warm spot for 30 minutes. When it has risen, "punch" the dough once to remove air bubbles. Remove from bowl and knead gently for 1 minute favourite toppings. selamat mencuba!


02-07-2008, UMMU AIMAN komen :

smlm saya buat taoi sedih la tak jadi keras mcm tak masak tepungnya. masa uli lembik je lama gak uli tetap lembik langsung tetambah tepung tu yg kerak gaknya. tolong ajar sikt,saya tak ada breadmaker


07-05-2009, MASITA HAMLEED komen :

APA SHORTENING?ASPARAGUS TU APE?SAYA TKT TAK JADI KUIH,TKT JADI KUAH...HAHAHAHA


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu