Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Cream Puff

 Submitted By On 29 August, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Senang.. cara-cara masak bergambar

Ingredients
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)
Instructions
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

    1.jpg
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

    2.jpg
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

    3.jpg
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

    4.jpg
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

    5.jpg
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

    6.jpg
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

    7.jpg
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

    8.jpg
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

    9.jpg
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di <a href=" http://www.myresipi.com/top/detail/98" target="_blank"> sini</a> atau di <a href="http://www.myresipi.com/top/detail/85" target="_blank">sini</a>

  12. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

    nozzle.jpg
  13. <b>*UPDATE*</b> Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All