Google+

oleh: harligt Sup Campur Ala Siam

08-05-07_1425

Resepi bila penyakit M melanda....


Created on : 17-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi harligt




Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 dada ayam (potong kuib kecil)
  • 1 biji tomato (belah lapan)
  • 5 jantung putik jagung (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong sederhana nipis)
  • 1 batang lobak putih (potong sederhana nipis)
  • Sedikit Brocoli (potong kecil)
  • Sedikit bunga kobis (potong kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong berbaji)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun sup
  • Air secukupnya
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang merah,bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Biarkan mendidih.Masukkan pula lobak merah, lobak putih, putik jagung dan bawang besar.biarkan mendidih lagi.
  3. Masukkan brocoli, bunga kobis, cili merah, tomato, garam, gula dan serbuk perasa.Biarkan masak.
  4. Masukkan pula daun sup.Biar layu.Perahkan limau kasturi ke dalamnya.Sedia utk dihidang.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (12)

17-07-2007, ann komen :

wah best nye..bertuahnya del dapat hubby rajin mcm ni


17-07-2007, harligt komen :

hikhikhik.pecah lobang.del bagi tau ke?malu..malu..saya ni suka berebut dapur dengan dia.bukannya apa kesian kat dia dok susah payah masak.


17-07-2007, ann komen :

sori la tertulih sini pulak...ayah saya pun suka msk..rindu mskn dia


17-07-2007, joayee komen :

ptong berbaji tu cam mana?


17-07-2007, harligt komen :

potong wedges.


17-07-2007, sukamakanje komen :

rasenyer nie bukan resepi untuk M dah nie. bagi saya ni resepi rajin....sbb byk gak bhn yg di pakai. masakan yang paling sesuai utk yang ade sindrom M ialah......telur goreng....hehe...ciannyer hubby aku....


17-07-2007, Ringo komen :

Sama la kat sini. time M punya menu. bukan apa, boleh makan banyak sayur dalam satu mata saja. ada nasi, "on" la selera tu.


17-07-2007, Mat Gebu komen :

Semua resipi utk M, sama kan. telur goreng.....pas tu ada kicap...kira penyelamat lah tu.....harlight kalau resipi M u tu dah mcm tu, yg R punya mesti lagi gempaq.....bertuah ko del.....dpt laki baik cam tu.


17-07-2007, harligt komen :

kalau yang R tu.......tak cukup ruang ler nak boh resepi kat sini cik mat.


23-07-2007, wan_norie komen :

leh try ni....slalu g bli je kt kdai..dh nk kawin ni kena la blaja nanti malu lak coz x reti msk.untung ada yg sudi kongsi resipi kt sini.....thanks


24-07-2007, harligt komen :

try la norie...tak yah beli2..


04-01-2011, adhariyah komen :

suker


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd