Google+

oleh: melati Telur rebus

Telur-rebus

Cara dan tip memasak telur rebus dengan mudah dan menjimatkan


Created on : 26-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi melati




Bahan-bahan ( - )

  • Telur
  • air

Cara-cara

  1. Masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api dengan segera.
  2. Telur-separuh
    Untuk telur separuh masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais.
  3. Telur-rebus-2
    Untuk telur 3/4 masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.
  4. Telur-rebus-keras
    Untuk telur masak penuh(keras). Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. ( Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah)

Tag

telur rebus








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (39)

27-08-2006, Zeera komen :

Ok juga petua ni.. kadang-kadang tension tul bila buat acar timun, sekali kupas telur, lembik pulak...


27-08-2006, Melati komen :

Zeera.. betul tu. I sebelum ni hadapi masalah yang samalah.. kekadang nak makan telur masak separuh jadi masak masak penuh.. kekadang pulak terlembik2.. tak masak pun. Err.. acar timun letak telur rebus ke? macam mana tu.. tempeklah resepi kat sini..


01-09-2006, aida komen :

terima kasih byk2.. dah lama cari tips memasak telur ni.. aida suka yg 3/4 msk tu...nyum nyum


07-09-2006, nahrafqifahs komen :

Wah! Complete betul... BAGUS!! :)


15-09-2006, wardha komen :

resep yang bagus,...terima kasih,..insyaAllah akan saya coba


27-09-2006, emee komen :

wah!!!!!!!!! melati buat eksperimen ker masak telur ni?


24-10-2006, skyblue komen :

kenapa telur 1/2 lebus saya tak jadi???? dah cuba 2 kali, sama aje. kali pertama saya biarkan telur dalam air panas selama 5 mins, terjadi 3/4 masak!... kali kedua 3.5 mins saya keluarkan telur... sama aje 3/4 masak! Berapa biji telur melati masak dlm eksperimen ni?


24-10-2006, melati komen :

dlm ujian ni saya rebus 3 biji telur. bila air dah mendidih, terus padamkan api. Biarkan dlm periuk selama 5 minit. Lepas tu keluarkan sebiji. Tutup semula tudung periuk tu. Telur yg dikeluarkan dari periuk cepat-cepat rendam dalam air yg ada ketulan ais+air. Air yg buat rendaman tu kena betul-betul sejuk la. skyblue, awak rendam ke tidak telur tu?..


24-10-2006, melati komen :

oh ya.. 5 minit kemudian pula saya keluarkan 1 lagi telur, rendam juga dalam air sejuk. dpt hasil 3/4 masak.


24-11-2006, skyblue komen :

Saya rendam telur juga dalam air dgn ketulan ais... mungkin telur kat Australia ini lain sikit? haha... Sekarang ni saya masak telur 1/2 masak dlm microwave... masukan 1 biji telur dlm cawan dgn air panas, kemudian masak dgn defrost mode selama 2minits. Jgn masak lebih 2mins.. nanti telur tu meletup!!


04-12-2006, mars13 komen :

mula2 tgk resipi ni tadi..ada gak cam nak ngutuk..apa da org ni letak resipi telur rebus aku pun tau..hihi..but it's good..berguna aa..minta ampun terkutuk dulu...hahaha


14-12-2006, minah komen :

Minah rebus telur untuk makan dengan daun salad, timun N tomato. Bukan acar timun - Klu campur dengan nenas bawang merah tu dipanggil "jelatah" klu kat tempat Minah le... Jelatah ni klu nak sedap lagi campur dg. kacang tanah yang ditumbuk halus, memang sedap!!!. Telur rebus untuk makan dg. salad minah rebus lama sikit - air biar sampai telur tenggelam. 5 biji telur minah rebus setengah jam dan rendam dengan air sejuk 1 jam. Bila buang kulitnya guna air sedikit - insyallah telurnya cantik .... bye..


11-03-2007, nuny komen :

thanx 4 the tips. i skrg nk cuba masak telur puyoh lak. ada resepi best tak?


12-03-2007, hafiza_mohd komen :

mmg sy dah lama praktikkan menda ni & mmg cnfm menjadik pun..cumanya nk tergelak bila melati letak tips nk rebus telur dlm nih..ingatkan tak penting,sy pun tak berani nk letak....rupanya ramai nk tips yg berguna...heheheh...nasib baik melati masukkan tips nie...;)


05-04-2007, ginkgosh komen :

mmm bagus


23-04-2007, dzuhaidah komen :

nak tau macamana nak kopek telur senang punya/semalam baru cuba try..menjadik!suami saya yang cakap..caranya..telur yang dah masak tu kopek bucu kiri kanan dulu..pastu tiup dari satu hujung ke hujung lain...tup tup terkeluar isinya bulat dan cantik sekali..betul..tak caya cuba..


24-04-2007, umi_e komen :

thanks dzuhaidah... nanti bila2 rebus telur nak cuba camtu :)


29-05-2007, resepdigy komen :

Terimakasih, sudah berbagi resipi. Sy jagonya masak daging tetapi blm pernah masak telur :D


10-11-2007, zubaidah86 komen :

ni boleh cuba ni...telur tu ape?


04-01-2008, dm7tt komen :

nak senang kupas kulit telur lepas masak rendam dgn air sejuk..gerenti kupas dgn licin!


15-03-2009, oyis08 komen :

bagus tips ni.. nasib baik tergerak hati nak klik sini... ingatkan kenapa la ada resepi rebus telur ni? @_@ rupa2nya berguna sgt. thx!


22-04-2009, peace_zan komen :

teringat time blaja dulu..kitorang rendam telur & air baru mendidih dalam kontena tertutup..


02-05-2009, yanna iris komen :

terima kasih bebanyak melati, dah lama anna cari cara yg betul nak masak telur setengah masak (org ganu panggil telur arong) ada gak terpikir nak beli alat elektrik utk masak telur ni, so sekarang x perlu ler beli alat tu..


11-05-2009, rajaima70 komen :

woahhh ! telurrrr , ahaha, hebat hebat. will try it. :))


28-05-2009, sudeli komen :

Time kasih kongsi tips, ingat ker su srg jer tak tau masak telur masak separuh :)


16-12-2010, sherill aida komen :

mak aihhh...pe benda nih...owg len pon tahu wat lah..adik i y umo 5 thun pon pndai wat...kuag kuang kuang.....


05-02-2011, azwadunn komen :

de sapa2 tau x mcm mana nk wat telur 1/2 masak guna micr0wave..plss


30-03-2011, orangtun komen :

azwadun : memasak telur dgn mikrowave adlh berbahaya kerna telur boleh meletup bila dikeluarkan. begitu juga dgn memanaskan air (kopi/teh dll) dgn menggunakan mikrowave.


11-04-2011, satrah_74@hotmail.com komen :

waah eksperimen melati ni boleh than juge ye, kmek dah 13 thn jadi surirumah belum pernah cube eksprimen tok,klak kmek cube di rmah, suka ndak anak-anak kmek klak, makseh melati


11-04-2011, karambit komen :

wah,,,,,,,bagus la dia ni,,,,,,,tahniah,,,,,boleh cuba


24-04-2011, nurelina_143 komen :

Sherill aida..kalau ada orang nak berkongsi ilmu pengetahuan, jangan pandang rendah tau x.. Entah2 ko masak air p0n terkial2 lagi..akakakak..


21-05-2011, Hatake Kakashi komen :

best laa cara memasak awak..yelah,ada org kata nak rebus telur tu senang je..tapi law x kena cara..mana sedap..kan?:-)


25-05-2011, shahzuan komen :

erm..ok2..de gak owng yg bg tips cam ne nk rbus tlur.....tq r melati...


04-06-2011, lilyanadanella komen :

mula2 nampak resepi telur rebus ni, tertarik betul nak tau. napa sampai yg ni pun nak upload sini.. tp rupanya ada prkongsian ilmu tips2 mrebus telur plak. timo kacie yerr.. ;)


22-06-2011, DMASLA komen :

TQ YEA.. SAYA HAIGAI N AKAN GUNAKAN PETUA U ALL..TQ AGAIN


17-09-2011, 1234567z komen :

adekk sya pown nbule bt lha . .hahaha ..


11-10-2011, suzanakakyong komen :

wah...menariknya. kadang2 husband suh wat telur 1/2 masak, tup2 dah masak terus. so, resepi ni nampak perkara remeh tp amat bermakna utk sy.


13-12-2011, LinAvail komen :

walau biasa rebus telo tapi tanpa teknik..kadang jadi kadang tak..so harini mesti jadi yang terbaekkk telo2 rebusan mama...thanks..


08-07-2012, sapura.rahman komen :

menarik....i likeee


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu