oleh: Mat Gebu Durian Hazelnut Muffin

Step_by_step_149

Resipi mudah untuk penggemar durian.....


Created on : 08-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

  • 125 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
  • 20 ml susu segar
  • 70 g isi durian
  • 30 g hazelnut, dicincang kasar

Cara-cara

  1. Step_by_step_144
    Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  2. Step_by_step_145
    Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Step_by_step_146
    Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
  4. Step_by_step_147
    Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  5. Step_by_step_148
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (6)

Img_1966
30-07-2007
che mat pasai muffin derian you nie lah satu bangunan nie bau derian mau menyumpah mat saleh kat bawah tu ahak amik ko
Laporan oleh: Noreen

Nasib baik tak dak mat saleh yg panggil bomba mai rumah u noreenn.....

Img0258a
10-01-2008
nak abiskan stok durian dlm peti ais tu...tadaaa jd la muffin deqeyan ni...tak letak hazelnut tp letak badam ...tak smpai 1/2 jam licin...hahak...
Laporan oleh: najah_82
P7132302
13-07-2008
sedap nya muffin ni!!!! tq mat
Laporan oleh: zaliana
Muffin_durian
16-07-2008
best woo muffin ni, semerbak bau dia...jom pakat buat sempena musim raja buah ni...
Laporan oleh: nor_67
Imgp5779
18-07-2008
kekonon nak wat setengah adunan tapi terletak plak telur tuk 1 adunan... alamekkk.. terpaksa ler ubahsuai sket... tak tau la rasa dia cemana.. baru kuar oven.. paneh lagi ni!! tapi rupa cam dah ok dah.. hehehe..
Laporan oleh: tuberose78
Durian_muffin
09-08-2008
Sedap dan semerbak bau durian.
Laporan oleh: hazila

Komen (15)

08-07-2007, ishikawa_ayumi komen :

cikmat baru lepas tensen ke? hehhe :p


08-07-2007, Mat Gebu komen :

Sepatutnya semalam dah buat muffin nie, tapi semalam malassss sgt...hari nie jadi rajin pulak...tu pasal buat....ari nie tak tensen langsung.....


08-07-2007, mama_wiya komen :

nak tanya skit.. camana nak tulis report ekk?


08-07-2007, Jasmy komen :

tulis report?Laporan masakan?klik kat 'Tulis Laporan' sebelah gambar resipi.


08-07-2007, mama_wiya komen :

oic.. tenkiu..


08-07-2007, dila81 komen :

amboi cik mat....naik gebunya muffin durian tu. sungguh menawan kalbu. cik mat beli kat mana cup tu.... berkenan jugak dengan cup tu.


08-07-2007, Mat Gebu komen :

Beli kat kedai2 yg menjual bahan2 baking....


08-07-2007, lovexoxohug komen :

musim durian dah ni........ isk iskkkkkkkkkkkk.. cik mat... sedapnya


09-07-2007, nasah komen :

Bro.. if tak letak milk ok tak..? Coz selalunya if saya buat cake yg ada milk tentu tak jadi , tak gebu aje. apa silap eh? help pls ...


09-07-2007, Mat Gebu komen :

Boleh...tapi mat cadangkan u guna 3 biji telur gred A (dalam resipi guna 2 biji telur dan 1 kuning telur), tak payah asingkan putih utk telur yg satu lagi tu....


10-07-2007, sukamakanje komen :

ish mat...menawan usus saya la. cantik je. dahla guna my feberet food nih...kalu bukan kerna nak jaga badan habis sorang jer..sebenarnya dah try buat tapi tak naik mcm cup cake mat ler....takpele nnt cuba lg. cup cake ni tahan berapa hari agaknya mat?


11-07-2007, Mat Gebu komen :

sukamakanje (?)..kalau isi dalam muffin cup kena isi 3/4 penuh dan masa bakar tu mmg naik tinggi. Pastu dia sedikit mengecut bila masak...tapi masih merekah mcm dalam gambar tu...


30-07-2007, perdana komen :

Sedap nampakny tp kita ni minat sgt dgn durian bli aje x sempat buat kuih dah masuk perut nanti nak cuba jugak ni.


16-07-2008, hana6877 komen :

cutenya muffin k.nor....kita wat tk penahnyer cun kat blah atas tuh...cik mat punye muffin pon nmpk ok...camner ar nk cantik cenggitu? any tips?


17-07-2008, hana6877 komen :

tQ yer k.nor bg tips....nnti kita dh try kita anto report khas utk cikguku! hehehe......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu