oleh: alma Karipap Kobis

Kk_ready

bhn doh boleh dlm pelbagai versi tp saya prefer guna doh pastri. begitu juga dgn intinya, boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing2...


Created on : 06-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8-10 biji - utk 3 lapis )

  • *---- Inti ----*
  • 200g daging ayam cincang (minced chicken meat)
  • 2-3 ulas bawang kecil (shallot)
  • 2 ulas bawang putih (garlic)
  • 1-2sdb cili kisar (kurang/tambah ikut tahap kepedasan yg disukai)
  • ½ sdk serbuk jintan putih (cummin powder)
  • ½ sdk serbuk jintan manis (fennel powder)
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Sedikit telur utk doh pastri lapis kedua & ketiga (atau seterusnya) >> ni optional sbb utk tujuan bg yg dlm tu melekat tp kalau x nak pun x pe.
  • *---- Doh pastri ----*
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sdb pastri marjerin
  • Sebiji telur (gred C)
  • Sedikit air (ikut kelembutan doh)

Cara-cara

  1. *---- Inti ----* Kisar/tumbuk bawang merah & putih. Kemudian, dalam satu bekas, campurkan bhn2 kisar ini dgn cili kisar, cumin & fennel. Gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan kesemua campuran bhn2 td, bila naik bau, masukkan minced chic meat. Kacau2. Perasakan dgn garam & gula. Masak daging hgga empuk (tmbh sedikit air jika terlalu kering sbb better lembab2 sket). Dah masak tu angkat lah, then buat doh pastri lak.
  2. *---- Doh pastri ----* Dgn mengguna hujung jari shj, gaulkan tepung & pastri marjerin hgga jd serbuk roti. Pecahkn telur dlm bekas berasingan, kacau sedikit sblm dimasukkan ke dalam bekas tepung td.Uli smbil tmbhkan air sedikit demi sedikit (guna sudu) hgga adunan doh jd lembut, licin dan boleh dicanai.
  3. Kk_s2
    *---- Karipap lapis pertama ----*: ambil sedikit doh (saiz kecil sbb ini bhg paling dlm), canaikan nipis sket, kemudian masukkan inti td dan punjutkn kemas2. Saiz tu agak2 sbb ikut lah brp lapis nk buat (kebiasaannya saya buat max 3 lapis sbb tak nak besar2, tapi kalau suka boleh buat hgga 4/5 lapis). Lepas tu, panaskan minyak dan goreng separuh masak, dgn api sederhana, kemudian angkat.
  4. Kk_s3
    *---- Karipap lapis kedua ----*: ambil sedikit doh (saiz lebih besar sedikit dr yg pertama td), canaikan nipis sket, letak sket telur kemudian letak inti. Pastu, ambil satu punjut yg dah goreng td, letak atas inti dan punjut kemas2 lapisan kedua tu (menyaluti yg pertama). Kemudian goreng ½ masak lapisan kedua tu, then angkat.
  5. Kk_s4
    *---- Karipap lapis ketiga ----*: Ulangi proses yg sama dgn lapis kedua tp saiz doh yg lebih besar sedikit. Goreng hingga masak.
  6. Belah dua atau empat – baru leh nampak bentuk ala2 kobis tu :)

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

06-07-2007, zaliana komen :

wah..canggihnya variasi baru karipap ni...byk step ye..berapa lama nak siap tu k.alma?


06-07-2007, sheila komen :

dah byk kali bace pon tak paham2....pelik karipap nie...


06-07-2007, alma komen :

**za...waduh3,,,,skjp aje lahhhh. nmpk je berjela2 pnjg stepnye. akak wat ni lepas balik keje kul 7pm lebih tu, then mkn tuk dinner trus, pekena dgn teh O panassss...**sheila, tang mana xphm tu. kami skuarga dh kenail sploh+ thn dah so xpelik dh kut hehe. ada lg versi karipap, "karipap teratai"...kuang3...


06-07-2007, mrsdayat komen :

1st time dgr ade karipap kobis..=)1 ari nnt nak cube jugak lah


06-07-2007, fizzae komen :

Saya penah dengar murtabak lapis.. caranya mcm ni gak la. Tapi karipap rasanya mudah nak buat kot. Thanks.


06-07-2007, sukamakanje komen :

kreatif nih...bleh try. cara buat pun tak susah. inti optional bleh tukar2 tapi tang byk lapis tu yang suka..kreatif....mesti cik abg ku merasa gembira kerana skang wife dia dah rajin ke dapor..haha...


07-07-2007, alma komen :

1st time? ye ke nani.. k alma ingat resipi karipap ni dah tersebar & mgkn dh smpai tahap stationary (tepu), tu yg xkesah pun nk share resipi karipap ni kt sini -_-


07-07-2007, alma komen :

**fizzae, murtabak lapis? mmm...sedappp...bln posa saya suka wt utk utk juadah berbuka posa, fav my hb tuuu **suka...mmg watnye tak susah, nmpk je cara2nya pnjg tp mmg skjp je lah!


31-05-2008, pero komen :

pastri marjerin tu ape?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu