oleh: Mat Gebu Asam Pedas Ayam

Heritage_recipe_010

Gabungan antara masakkan peranakan dan melayu.


Created on : 01-07-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 600 g ayam
  • 5 kelopak sawi jeruk
  • 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air. ramas dan tapis jusnya
  • 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
  • 1 cawan cili kisar
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak nak, tak payah letak)
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji buah keras
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dikerat mengikut suka, perap dgn asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. 01072007441
    Cuci sawi jeruk dibawah air mengalir. perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar.
  3. Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dgn rempah, biar ayam kecut dgn rempah selama 5 minit.
  4. Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasankan dgn garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing2, yang penting mesti ada rasa. masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (1)

100_1639
21-08-2007
dah try semalam tapi tak dak lobak. sedap...
Laporan oleh: ina sayang

Terima kasih kerana sudi mencuba yea..ina...


Komen (16)

01-07-2007, eugeniadarwis komen :

Mat, bawang merah kecil & bawang putih tu takkan blend skali kot. Nnti pahit lak.


01-07-2007, Mat Gebu komen :

Yang nie tak pahit, sebab bukan bawang merah kecil dgn bwg putih saja, tapi ada benda2 lain..


01-07-2007, yani komen :

kalau bawang putih.. kena buang bahagian tengah utk ngelakkan pahit.. utk masakan yg macam mat ni tak rasa pun pahitnya kalau tak buang bahagian tengah.. tapi kalau nak buat masakan spt spaghetti ke, garlic butter ke.. mesti buang.. kalau x, memang terasa pahitnya.


01-07-2007, Mat Gebu komen :

Nasib baik yani tolong jawab kan..Aku dah garu pala dah sebab tak tatau mcm mana nak jawab....thanks.... yani....


01-07-2007, haXira komen :

bahagian tgh tu yg mana satu?


01-07-2007, deenoos komen :

bestnyer mat..asam pedas ayam ni.nak cari ayam kjap gi laa


01-07-2007, deenoos komen :

ish..x penah tau lak bwg putih n bwg merah ni leh jadi pahit..so far msak x der aper pn..bagus dpt ilmu baru ari ni..yer la k yani..bah tgh tu yg mana yer?


01-07-2007, fatini_sfm komen :

yg. pahit tu kan ke penawar (obat) jangan le risau..


01-07-2007, nasah komen :

Thanx Bro.. Tak pernah lah makan ayam masak asam pedas.. nak try juga ni...


01-07-2007, Mat Gebu komen :

welcome...nasah..kalau belah Johor nie memang selalu org masak ayam asam pedas. Kalau nak letak bunga kantan atau daun kesom pun boleh tak de hal punya..


01-07-2007, eugeniadarwis komen :

Mat, Kak G gurau jek psl bwg putih yg pahit tu. Terigt kat bliss.Tak sangka lak jadik isu kat sini. Sorry ye. Kak G prnh gak masam asam pedas ayam ni. Tapi tak prnah lak letak sawi jeruk. Daun kesom wajib.


01-07-2007, Mat Gebu komen :

Mmg kak G...mat pun kalau daun kesum tu sepatutnya letak, tapi tak dak stok, musim2 panas nie pokok pun macam nak kojol je....


01-07-2007, yani komen :

haxira dan deenoos.. kalau nak tengok bahagian tengah garlic tu boleh tengok di my recipe http://myresipi.com/top/detail/1342.. ada i letak gambarnya.


02-07-2007, dhamia komen :

tulah..tak tau lak bwg leh ader rasa pahit...heheheh


22-08-2007, Chef_Gredz komen :

Johor Ruless!!!! Masakan Kegemaran Aku Ni......hehehhheeh...tp tu le bertahun memasak aku tak penah plak belajo buang tgh bwg putih ..hahahah ..tp takper maybe pelajaran baru kan..hehhehehe


28-08-2007, masz_73 komen :

mat..u johor kat mana? nanti raya i balik kg i nak pi rmh mat.. mesti byk benda nak makan...ahakss...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu