Google+

oleh: zaliana Kek Keladi

Dsc01385

As promised...


Created on : 29-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zaliana




Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm )

  • KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

  1. KEK :
  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  3. Dsc01372
    Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  4. KELADI:
  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  6. Dsc01370
    Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  7. Dsc01375
    Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  9. Dsc01379
    Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  11. Dsc01383
    NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Tag

kek

Related Recipes

Laporan Masakan Bergambar (6)

Dscf4155_resize
28-07-2007
tak reti la nak buat lapis2 la, jo beli flan sponge kat tesco je, tp best la rasa keladi kastad tu..tq
Laporan oleh: joayee

Cantiknya garnishing tu jo.Boleh tiru lain kali ni.Terima kasih kerana mencuba :)

Keklapiskeladi
18-11-2007
akhirnya...dari hari ke hari..jadi juga kek ni...
Laporan oleh: Lilydvalley

Adoi..lama tak makan kek ni.teringin pulak..err ada lagi tak Lily ;P

000_0384
01-02-2008
cuba rsipi nih pastuh decorate utk birthday anak buah
Laporan oleh: junn
10-12-08_1957
15-04-2009
Kek keladi yg duk lam peti ais huhu..sedap..tq 4 d resipi..
Laporan oleh: Ekieyna
224865_206779316010854_100000363600224_657689_2666376_n
30-04-2011
alhamdulillah...akhirnya menjadi..ramai yang mintak resepi ini.thanks.....
Laporan oleh: jeyaa
Img_20111107_193916
08-11-2011
saya dah buat! sedap sgt2!!!
Laporan oleh: akilahzaini


Komen (35)

29-06-2007, Lilydvalley komen :

amboi za...cantiknya kek keladi tu... nnt la, bila keladi kat umah my parents dah leh dicabut...nak cuba jugakla...


29-06-2007, Ekieyna komen :

Aa..la cantik la kek keladi zaliana..Pe2 pun thanks arr za..sbb letak resipi ni..Ni la yang dicari dan ditunggu2kan selama ni..dari za..tgk ari tu kat komen tu ari,za ckp da resipi ni..nti leh wat arr ni..


29-06-2007, checkmate komen :

cantiknyer kek!nak buat la..


29-06-2007, zaliana komen :

tq2! lily keladi apa yg tanam tu? sbb dulu2 buat kek ni kat kg guna keladi yg kalernya dah purple.rasanya lebih sedap dan x yah bubuh pewarna byk2.tak tau jenis keladi apa.tp yg kali ni jumpa 'thai yam'.hantam sajalah :D


29-06-2007, Mat Gebu komen :

amboi cunnya kek.....leh try nie...bila lah agaknya nak cuma....nak tunggu tensen gila baru leh jadi kek keladi zaliana nie.


29-06-2007, Lilydvalley komen :

za... i ni, x pnah tau jenis2 keladi... tp biasanya parents i tnm keladi yg putih2. X penah nampak keladi purple...ada beza rasa ke za?


29-06-2007, zaliana komen :

Lily keladi tu taklah purple sgt.Tp kita akan nampak ira2 purple tu kat isi dia..ada keladi yg x sedap, tawar aje dan berair.


29-06-2007, joayee komen :

bestnya nampak...rasapun mesti sedapkan..susahnya nak dpt keladi..yg ada pun yg frozen.. keladi yg u guna ni colour putih dan ada urat2 purple kat isinya..betul tak? ada la nampak yg pesen tu kat asian store..hemmm...kalau silap keladi tak best yerk..


30-06-2007, DianaA komen :

sedapnyaaaa... tak yah beli kat kedai boleh kita semua buat sendiri kan... :) mintak cikit zaliana... ke dah habis kek tu?


30-06-2007, syahnina komen :

kagum betul tgk korang terrer2 belaka memasak. saya nie cuma terrorist jer. :) bila lah nak try buat nie.


30-06-2007, dila81 komen :

zaliana... boleh ker kalau kita tak letak keladi, tapi kita tukarkan dengan paste keladi jer.


01-07-2007, tulip77 komen :

aaa...kat sni xda keladi...tp boleh tak kalau tukar dgn keledek? keledek pun manis...tp takut pulak kalau kek tak jadi sbb keledek kan berair....nk tanya tuan punya resepi nih...sbb nya nk try resepi nih mesti sedap...cuma sayangnya sni takda keladi...:(


01-07-2007, joayee komen :

dila..kat mana bole dpt paste keladi?kat supermarket ada tak? dia jual dlm bekas cam mana? bole describe skit tak..nak order la..tq


02-07-2007, Mat Gebu komen :

ada ke paste keladi.....tak pernah nampak pulak..kalau perisa keladi tu pernah laa...eh nak tau jugak mcm mana rupagaya pes keladi tu.


02-07-2007, merin komen :

zaliana...i tgh buat kek keladi u ni.tp i tgk dia punya topping tu cair skit.tak buleh nak dibentuk guna scrapper.I guna cara cik mat gebu punya pandan layerd cake.letak dlm bekas pastu tuang topping tu.ni tgh tunggu dia sejuk nak tgk samada boleh kluar ke tidak dr bekas tu.agaknya i kacau tak lama kut.tp i kacau smpai mndidih...


02-07-2007, zaliana komen :

Joayee saya guna keladi tu lah..DIana..kek ni ada lg kat rumah..saya sorang je yg makan.hubby tak suka :( meh la ambik .. ish tak tau pulak ade paste keladi ni..atau dila maksudkan esen keladi? kalauditambah esen keladi dlm kek ni lebih terasa flavornya.. tulip> agaknya boleh kot tukar ngan keledek..maybe ngan buah2 lain lebih sedap . merin> sorry silap saya tak tulis kat atas tu kena kacau sampai pekat..kacau sampai keluar gelembung2 panas..meletup2 plup!plup!plup gitu..


01-11-2007, widuri66 komen :

Saya dah cuba kek ni dan hasilnya yummy,yummy,yummy..... cara saya buat lapisannya senang jer...... saya bahagikan adunan kek kepada 3 kemudian bakar satu-satu dan lepas tu saya lapiskan ikut macam zaliana buat, so, bila potong nampak cantik, sama cantik dgn yang zailina buat.hehehe....


19-02-2008, mariakl komen :

widuri, saya pun wat mcm step awak gak sbb xpandai nak bahagikan kek pakai pisau. penah potong utk jadikan 3 bahagian tapi kek jadi senget benget...hahahahaha..


24-03-2008, yana83 komen :

nampak sedap je ...abah saya suka sangat dah lama dia suruh belajar buat kek keladi nanti yana cuba buat.


17-05-2008, miss J komen :

hihi..sayep xpenah bt kek pom..tp..rase nk blaja tue..ade aa..sponge cake mix tue..tepung bt kek sponge ke?overlatte tue.. pemende?law bt kek keladi xbuh gelatine..xpe ke?


09-06-2008, mama yati komen :

rasa macam sedap je kek ne mama nak cuba lah, klu sdap mama nak buat n jual pada hari raya nanti.


23-11-2008, nurul arda komen :

hai... saya dah buat 2x... memang sedap... bawa kek ni kat tempat kerja semua orang nak resepi ni.. kek ni jd fvrt my hubby. 10q zaliana


23-11-2008, nurul arda komen :

saya gantikan gelatin dengan agar2.. menjadi gak la..


07-08-2009, Mar@90 komen :

kak za,gelatin tu apa?


12-09-2009, annabella komen :

sala.errr....tmpang tana,ovellette tue apa yek??y br k ula buat kek..


03-10-2009, azie_ayu komen :

ummm..cam sedap, dlu penah makan.. skrg nak try wat.


15-10-2009, melor_ku komen :

huhuhu....ari tu kiter ada try buat tp tak jadi la...sdih tol kempunan nak makan... bab cream keladi tu dah jadi....tp keknya yang tak jadi boleh tak nak request cara2 specfic nak wat kek span yang gebu cam akak punya tu! plzzzz....


09-12-2009, tiha_0104 komen :

sebelum ni saya buat tak guna gelatin...tapi menjadi la..gelatin tu mcmna ek?


15-10-2010, nezz komen :

boleh ka tukar santan tu dengan susu cair?


27-11-2010, mely komen :

ini je resepi kek yg blm pernah aku try buat.


04-04-2011, zahlia komen :

cantik la kek za...nak cube la..tp takut xmenjadi..hikhik


12-08-2011, cicie komen :

ovellatte tu apa yer?sorry bru belajar nak bt.. ^^


08-11-2011, akilahzaini komen :

saya dah buat.. sedap saya guna susu cair sbb x de santan. tapi tetap sedap. cuma lapisan keladi lembik. mungkin silap kat memana. satu family suka!!! saya happy sgt... ada gambar.. mcm ne nak upload?


15-11-2011, sTroNg HeaRt komen :

fav sy..sy nk try bt kek ni..tpy sush nk dpt keladi kt bndar..usha jgk nk cri keladi ni..x sbr nk try msakn sndiri..sbb yg sy beli tu mhal sgt..tp sdap..


28-12-2011, amirah887 komen :

dh lama cri resepi kek keladi ni..alhamdulillah jmpe jgk..nnti nk cuba hope jadi kek tu=)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd