Google+

oleh: hanahoney_571 Pulut Durian

Untitled4

Resepi bermusim. Mudah dan mengenyangkan.


Created on : 25-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hanahoney_571




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Buah durian
  • Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)

Cara-cara

  1. Pulut
    Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak.
  2. Untitled
    Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
  3. Untitled2
    Siap. Boleh di hidang. Cara nk makan: Pulut di gaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc01416
04-07-2007
Dinner malam tadi..makan dengan durian D96 pulak tu..best!!!
Laporan oleh: zaliana

Nyum2... ni yg buat lapaq balik ni..

Dsc07408
07-04-2012
teringt pd arwah ayah,suka sgt2 klu dpt durianpasti buat mcm ni cuma versi zila pkai beras biasa dn tabur gula melaka..AlFatihah buat ayah..tq.
Laporan oleh: k.zila66

Komen (16)

25-06-2007, joayee komen :

hana..sini la skit durian tu..bestnya..nak..nak..nak...sedapppppppp!!!!!


25-06-2007, nasah komen :

Hana... Kukus pulut tu tak letak santan atau garam eh? Thanx for the resepi.


25-06-2007, yummiez komen :

huhuhu ni my peberettt niii... =D durian oh durian...


25-06-2007, hanahoney_571 komen :

Sedap.....!! Hingga menjilat jari!


25-06-2007, hanahoney_571 komen :

Nasah, pulut tu di kukus kosong saje coz nnt di makan ngan santan. Rasanye lemak2 manis gitu. Ada sesetengah org mkn durian ngan pulut lemak(Pulut kukus yg di gaul dgn santan yg dicampur garam). So masa makan dh x yah jirus santan lg le.. :)


25-06-2007, mus komen :

sodap ni...saje je nak bagi skit cadangan...beras pulut tu kalau malas nak kukus, boleh tanak gitu je (xyah rendam)....boleh juga nak gantikan gula dgn gula melaka (diparut)


25-06-2007, hanahoney_571 komen :

Boleh..kdg2 sy pn wat camtu kalau malas nk rendam. Tp, kena jaga2 takut lembik nnt.hehehehe...


13-12-2007, sofinar komen :

alamak sedapnya mana nak cari durian la ni my fvrt ni


13-12-2007, sofinar komen :

nak tanak pulut bagi tak lembik ialah jika 1 cawan beras maka airnya juga 1 cawan


26-07-2008, hassuna komen :

klu sue nak tanak pulut dlm ricecooker xpe x?


10-09-2008, hanahoney_571 komen :

x tau la pulak. x penah lg wat camtu. Tp cara menanak pulut tak sama mcm nasi. Utk pulut, lps air mendidih, buang terus air tu dan perlahankan api. kemdian tgg hgga masak. Jgn dikacau lsg. kalau x nnt pulut akan lembik.


08-11-2008, asmayah komen :

Saya dari Singapura, saya buat dah 2x, suami makan bertambah maklumlah durian seketul seketul . Makan sendiri boleh lah durian sekutul gitu. Tapi utk majlis tak muailah klu durain seketul seketul. Jadi saya modified lah jadikan jam durian yang manis dan pekat. Saya masukkanlah sedikit perasa kuning jadi terang kuningnya. Kuah santannya pula saya bubuhkan garam,gula n sedikit warna hijau. Jadi pulut durian nya saya ada 3 colour yang berbedza. Utk majlis pakai mangkuk kecil dibuang beserta jam durian. Aiiik... terantok benjol mintak ampun sedapnya!!! Pulut saya masak dalam m.wave aje klu sikit tak kuasalah nak kukus kukus, rembat kat mwave dah lah. Jadi dan texture sama mcm dikukus. Ok apa... tapi tulah nak kene cara melakukannya jangan pakai hentam aje... saya kan klu tak jadi.. Cubalah bagi yang nak mencuba..


17-01-2009, mardi komen :

pagi tdi bru mkn plut. tpi wat ikut resepi sendirilah....


05-12-2009, dr.aisya komen :

my mom bese buat...kuah tu dimasak dgn isi durian..then ble nk makan,juz letak je kuah lam pulut n makan..x payah durian seketul2....jimat n lazat...cube la..resipi org pahang..


31-03-2011, marni85 komen :

salam kak hana..nak tya..beras pulut tuh kena rendam 3 jam aje ke?xpayah rendam semalaman ek?contohnya saya nak masak pukul 6 petang esok,jd pukul berapa saya perlu rendam?tq


24-12-2011, izza13277 komen :

sedap ni...sy ni hantu durian...pantang jumpa


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd