Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Meatball & Pasta Soup

 Submitted By On 11 June, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

diambil dari majalah "recipes+".. jgn dicari kat mane pasta dlm gambo ni sebab pastanye takde and tak letak.. hehehe...

Ingredients
  • Meatball:
  • 500g daging mince
  • 2 Weet-bix diramas (ganti dgn cornflakes yg diramas)
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 biji bawang besar - didadu kecil2
  • 1/2 biji carrot - didadu kecil2
  • 1 sudu besar Worcestershire sos (sy ganti dgn HP sos)
  • 1 sudu besar tomato/cili sos
  • Soup:
  • 1 liter stok ayam (1 liter air+1 1/2 kiub ayam)
  • 1-2 sudu besar kicap soya pekat
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 250 g macaroni (atau apa2 pasta yg sesuai)
  • 1 biji carrot - dihiris bulat2
  • 1 biji zucchini - dihiris bulat2 (ganti dgn timun)
  • 1/2 biji capsicum - didadu
  • garam secukup rasa
  • daun sup atau parsley utk hiasan
Instructions
  1. Sediakan meatball. Gaulkan semua bahan2 utk meatball dlm sebiji mangkuk. Tambah garam dan serbuk lada utk perasa.

  2. Bentukkan bulat2 ikut saiz yg anda suka. Simpan dlm peti ais selama 20-30 min supaya bentuk akan kekal.

  3. Sediakan soup. Campukan stok ayam, kicap soya pekat, dan bawang putih di dalam sebiji periuk. Hidupkan api. Tutup periuk, masak sebentar.

  4. Tambahkan meatball dan pasta ke dalam periuk. Masak sehingga meatball dan pasta hampir masak.

  5. Tambahkan semua sayur2. Teruskan memasak hingga 3-4 minit. Siap, hidangkan. Taburkan daun sup atau parsley. Sedap dimakan panas2.

  6. Disebabkan takde pasta dlm stok, sy hidangkan meatball soup dgn bubur nasi. Dan kalau meatball terlebih, boleh simpan separuh dlm freezer dan masak lain kali.

  7. Meatball juga boleh digoreng. Caranya sediakan meatball spt di atas. Kemudian, salut dgn telur dan gaulkan dgn breadcrumbs dan goreng.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments