oleh: yanc78 Marble Pudding

Dsc00005

Resepi simple belajar dari mak.


Created on : 09-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 1 bungkus agar-agar (12 gm)
  • 2 1/2 gelas @ 750 ml air
  • 1 1/4 gelas @ 375ml gula pasir
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1. Masak agar-agar dengan air hingga cair.
  2. Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut dan agar-agar jadi pekat sedikit.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan susu, telur,mentega dan tepung kastad. Pukul bahan-bahan ni sampai kembang.
  4. Masukkan bahan- bahan yang telah dipukul kedalam agar-agar.
  5. Kacau lagi sampai masak dan semua bahan larut.
  6. Selepas masak, bahagikan puding kepada dua bahagian. Satu bahagian diletakkan serbuk koko dan satu bahagian lagi diletakkan esen vanila.
  7. Masukkan kedalam bekas puding secara berselang seli diantara coklat dan esen vanila.
  8. Last sekali masukkan kedalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

09-06-2007, admin komen :

yanc78.. saya delete gambar di laporan masakan.. then letak gambar tu di resipi.. lepas upload gambar utk resipi, kena refresh browser, baru nampak gambar tu..


11-06-2007, yanc78 komen :

Ooooo... ye ke? tima macih ye, lainkali nanti sy belajar upload gambar untuk next resepi plak ye...


26-08-2007, Mami Cheril komen :

cantek marble..


26-08-2007, Mami Cheril komen :

cantek marble..


27-08-2007, coveredgirl komen :

Tu guna agar-agar tali ke serbuk? Tolong sesapa jawabkan. TQ.


03-09-2007, yanc78 komen :

Tenkiu mami cheril, covergirl xkisah guna apa2 jenis agar2 pun, tapi ni saya guna yang tali punyer, trylar buat. simple jek..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu