Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ikan cencaru bakar sumbat kelapa dan kuah asam

 Submitted By On 04 November, 2013
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

menu peberet seisi keluarga,suka makan time malam atau time wat bbq dgn adik beradik.

Ingredients
  • 2 sudu besar udang kering*
  • BAHAN A UNTUK KELAPA SUMBAT
  • 1 biji kelapa di parut
  • 4 batang serai dihiris halus
  • 1 sudu besar rempah ratus(jintan putih,jintan hitam,ketumbar)*
  • 6 tangkai cili padi*
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil kunyit
  • garam n perase secukup nye
  • BAHAN B UNTUK IKAN
  • 8 ekor ikan cencaru
  • garam dan kunyit untuk memerap
  • daun pisang untuk membalut ikan
  • BAHAN C UNTUK KUAH ASAM
  • 3 sudu besar asam jawa
  • 1 labu bawang besar potong dadu
  • 10 tangkai cili padi dihiris halus
  • 2 cawan air
  • garam dan perasa secukupnye
Instructions
  1. masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat (bertanda *) kedalam mangkuk yang berisi kelapa yang telah di parut tadi.masukkan juga garam , perasa , dan kunyit sedikit untuk memberikan warna pada kelapa tadi.msukkan juga serai n rempah kedalamnya dan gaul sebati.asingkan

  2. bersihkan ikan,klu saya suka potong belakang ikan.senang sumbat.kompom xterburai kelapa nya nanti.perap dengan garam dan kunyit.

  3. sekarang bolehla sumbatkan kelapa yang telah siap td di belakang ikan cencaru tadi.saya suka sumbat banyak2.

  4. balutkan ikan yang siap di sumbat tadi,dengan daun pisang.layurkan dulu kat api.senang sikit nak balut kat ikan nanti.pastu bakar kat bara api.klu xde kayu api,bakar atas dapur pon boleh juga. =)

  5. untuk kuah asam.sy guna asam jawa yang readymade by ADABI tu.bancuh kan dengan air suam.kalau rase nak pekat boleh kurangkan sikit air.msukkan juga bawang yang dipotong dadu dan cili padi yang dihiris halus.garam dan perase secukupnya.

  6. bila sume dah siap boleh la dihidang kan.selamat mencuba.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments