Google+

oleh: yani Roll Bun

Roti

non butter non oil recipe. Sesuai untuk diet


Created on : 14-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani




Bahan-bahan ( 8 biji )

  • - Bahan A -
  • 125g tepung roti
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 50g telur
  • 100ml air (40C)
  • - Bahan B -
  • 125g tepung roti
  • 1/2 sudu kecil garam
  • ===============
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Kemudian masukkan pula bahan B. Uli sampai licin selama 10-15 minit (boleh tengok cara uli roti bulat). Kemudian rehatkan. Biarkan naik 2 kali ganda.
  3. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  4. Kemudian buat jadi bentuk kon. Canaikan sepanjang lebih kurang 30-35cm dan gulung. ( Rujuk cara-cara di resepi butter roll)
  5. Bakar dalam suhu 180C selama 8 minit









Laporan Masakan Bergambar (7)

Dinnerroll
28-02-2008
tak sangka boleh buat roti tanpa butter etc or oil...maisya guna fresh milk instead of water.
Laporan oleh: maisya
P1020272
06-04-2008
w/pun tak cantik tapi sedap dan lembut TQ Yani
Laporan oleh: miza
Bun
05-05-2008
Ni hasil keras tangan saya, rotinya lembut n anak2 suka .... thanks
Laporan oleh: anakamat
19012009286
26-01-2009
salam, first time buat roti, ambil yg senang, alhamdulillah menjadi. Uli pakai tangan aje. Ini aje yg dpt diselamatkan. sempat juga snap gambar.
Laporan oleh: azanie
P2281298
28-02-2009
Zu dah try resepi ni..jadi..thanks yani/fendi .. tapi... Zu guna tepung gandum je.. High Protein Flour payah jumpa sini...tak de breadmaker pun boleh je kalau nak try buat... cuma rotinye tak segebu guna tepung roti je.. tapi.. still lembut dan sedap..
Laporan oleh: zureyna
2011-08-20_11
20-08-2011
Mmm... gune tpg gandum je tp lebihkan yiss.. N sy uli pakai tgn je... But the result was superb. Thanks Yan¡ !
Laporan oleh: Miss_ShaSha
20130405_182120
05-04-2013
buat ptg tadi..anak suka..tp ada cara tak supaya roti ni kurang bau yis..tq so much
Laporan oleh: eyssa

Komen (2)

25-07-2008, treesa komen :

dry yeast tu yang biji-biji ke?? berapa lama nak rehat kan hingga naik 2xganda


01-04-2012, Chef Baroza komen :

melihat dari rupa bentuk roti tersebut dengan penghasilan yang baik akan memberi texture yang lembut serta gebu,bagus resepi ini....rasa yang sungguh sedap walau dimakan begitu saja.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu