Google+

oleh: harligt Karipap Mudah

Karipap_mak_yam

Resepi maid from indon..


Created on : 05-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi harligt




Bahan-bahan ( 50 biji atau lebih )

  • KULIT KARIPAP
  • 1 kg tepung gandum
  • 300 gram marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • INTI KARIPAP
  • 500 gram ubi kentang (buang kulit dan belah 4)
  • 250 gram isi ayam (potong kecil-kecil)
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam baba's (boleh lebihkan kalau suka)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • Setangkai daun kari
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak utk menumis dan menggoreng
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Adunkan bahan-bahan kulit karipap hingga menjadi doh.Uli sampai benar-benar lembut.Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik baru.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi.Kacau seketika.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus tadi bersama ayam.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Masak hingga kering.Angkat dan lecekkan inti ini.Jangan terlalu halus.
  4. Ulikan doh dan canai kan sederhana nipis.Terapkan acuan karipap.Masukkan inti ke dalam kulit yang telah diterap.Tutupkan acuan.Keluarkan karipap dan kelimkan tepinya.Buat hingga habis adunan.
  5. Panaskan minyak.Goreng karipap hingga masak dan garing.Sedia utk hidangan.

Tag

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (5)

Picture_1822
07-06-2007
wat makan pagi ni..cam resepi mak akak, mmg senang n sedap..tq
Laporan oleh: junjs11

geram tengok karipap yang kak jun wat..isi dia mesti padatkan...TQ sebab mencuba.

Karipap
20-08-2007
sy tiru adunan doh je. inti sy bubuh sardin. sowi, kelimnye x bape cantek.
Laporan oleh: anidraw

hehehe..inti apa pun tak kisah..janji kita suka..ok jer kelim tu..nampak semangat jer karipap ni..

09032009233-1
10-03-2009
kali ke-2 try wat karipap..baru menjadi..x sempat nk simpan..licin!!!..thanks for the resepi yg best..
Laporan oleh: ayang77
Pict0012
07-01-2011

Laporan oleh: izzaliana
20130414_090318
15-04-2013
Saya guna resipi ni untuk doh je.. buat guna 100 gm tepung, dapat 8 biji karipap.. senang dan mudah resipi ni.. kulit karipap rangup dan rapuh.. sedap! Terima kasih harliqt..
Laporan oleh: LynnSham

Komen (16)

05-06-2007, umi_e komen :

alamak... tukar gamar lak :P hehehehehe


05-06-2007, harligt komen :

tadi tu pic del punya.nanti dia bising.


05-06-2007, umi_e komen :

hehehehehe pic lain2 eekkkk :P


05-06-2007, ishikawa_ayumi komen :

aiyo, kongshi pic pn, nti kak del bising ke? hehe, lawakla kak del tuu.. :p


05-06-2007, junjs11 komen :

hehe...takut del mare ye... senangnyer...akak nk try wat ptg ni...


06-06-2007, Mat Gebu komen :

Eh ari tu kalau tak silap sebiji ke gambo karipap....ni dah ber"salin" jadi tiga....ooo yg tadi del punya ek....gambo pun tak leh share ke harlight....garang juga del niee...u selalu kena cubit ke?


06-06-2007, guest komen :

1 paket tu agak2 brp sudu/cawan/gram ek? del, berkirenye diee..


06-06-2007, harligt komen :

dah dibetulkan resepi kat atas tu.TQ


07-06-2007, harligt komen :

del tu garang idak le.tapi dia kata masakan sendiri masing2 pic le.baru pro.kekekeke...


08-12-2007, debab komen :

Semalam try buat tuk breakfast pagi nie... sedap sungguh. Hubby puji.. Thank you very much...


28-07-2010, tulipbiru89 komen :

tepung sy bderai ni, knp ye?


01-11-2010, kuehkijing komen :

air tak betul cukup. try sekali, dua, tiga kali lagi pasti dapat sukatan nya


07-05-2011, zalinaabdulwahab komen :

kalo kita ganti marjerin tu nga minyak leh x?


18-07-2011, CENCURUT komen :

gendutnya karipap nie. sekali makan da kenyang...


17-11-2011, suefiey komen :

blh lh


19-03-2012, royzana98 komen :

Thanks for the resepi...mmg sedap & mudah nk buat..ank2 suka sgt!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd