oleh: alma Pretzel lembut

Pretzel_ready

resipi guna breadmaker. roti pretzel plain yg lembut dan tidak keras w/pun dah sejuk [resipi ni juga atas permintaan lily lama dulu...]


Created on : 04-06-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8biji )

  • Doh:-
  • 1 ¼ cawan air
  • 1 bj kuning telur
  • 2 sdb gula
  • 1 sdk garam
  • 1/8 sdk lada sulah
  • 3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
  • 1 sdb yis segera
  • Glaze:-
  • ½ biji putih telur campur ½ sdb air
  • Topping:- Sedikit bijan (optional)

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmachine, ikut arahan mesin msg2 utk buat doh.
  2. Bila doh siap diuli, buat bentuk bola besar dan biarkan ia rehat dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal (dohnya lembik sdikit jadi sapu sedikit tepung pd tangan utk membentuk bola).
  3. Bila saiz doh sudah naik sekali ganda, bawak keluar dr bekas dan letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil). Gentel setiap satu bahagian membentuk seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya dlm 40cm). Gentel setiap satu dan biar ia rehat seketika (iaitu supaya dia tdk stretch lagi).
  4. Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min.
  5. Bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20min. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat (optional).
  6. Cadangan hidangan: ini adalah resipi plain pretzel yg saya dpt dari internet. Mmg lembut dan amat nice jika makan dgn cheese, pekena laks dgn kopi O/teh O panas..mmm...:-). Kalau simpan keesokannya pun (dlm bekas tertutup) ia masih lembut. Kami satu famili suka makan time minum ptg masa cuti/hujg mggu.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc01266
12-06-2007
Dah tak rupa pretzel roti ni..jadi roti pintal..dohnya chubby cam tuannya jugak..ha ha ..x kurus mcm kat auntie anne tu.anyway memang lembut & sedap makan ngan madu..tq k.alma
Laporan oleh: zaliana

welcome! pretzel tu pun ikut sama style dgn tkg masaknya, chubby hehe xper, asalkn leh makan.

Pretzel
20-06-2007
horray!!! berjaya! Lembut , tp sedap lagi kalo mkn ngan cheese dip!
Laporan oleh: Lilydvalley

ho3...slmt men-dip!!! kekeke

Step_by_step_891
27-01-2008
Sedap..masa mula2 bentuk mmg mcm pretzel, pas tu bila kembang dah rupa sanggul mak bedah pulak u..ahaks!!
Laporan oleh: Mat Gebu

Komen (17)

04-06-2007, alma komen :

lily, sori sbb lmbt bg resipi ni kt u. lst month buat tp lepas pretzelnya abih licin, baru teringat nk amik gmbr so x umph la nk share kt sini tanpa foto. smlm wat, bru smpt pretzel tu berposing ^_*. my kids mmg suker mkn roti ni cicah dgn teh O panassss...


04-06-2007, Lilydvalley komen :

alma!!!! Tq!!! muah muah. plain pretzel... cicah ngan cheeze cair... meletup!!


04-06-2007, s_shamen komen :

ni mcm yg jual kat aunty ann yang kat msia tu ke???


04-06-2007, zaliana komen :

k.alma..saya tengah try buat demo cara lilit roti ni dengan tisu..rasa2nya jadi..tp tak tau la hasilnya nanti cantik mcm k.alma buat atau akan jadi roti tocang aje. hi hi


04-06-2007, Lilydvalley komen :

za, kalo original pretzel, dia main twist aje... yg bentuk cam ni, modern pretzel.>>>shamen...iya...ini mcm auntie ann's.


04-06-2007, s_shamen komen :

baru mggu lepas i dok teringin nak makan auntie ann, tetiba kak alma bagi recipe..nanti leh try nihhh


04-06-2007, alma komen :

**lily, welcome! skg dh ada bbrp variations, cheesy pretzel, pretzel dgn parmesan...**zaliana, alaa, bantai je ikat cara pretzel tu ler, wat bulat, ujung cross then twist 2kali then masuk dlm loop tu. xjd pun xkesah asaikn leh ngap hehe. my kids wat mcm2 btk! **shamen, ni pun dh lama lily mintak tp xbksempatan nk tempek kt sini. kitarang cicah dgn cheese & then dip dlm kopi/teh panas, sedap la pulak!


04-06-2007, Lilydvalley komen :

alma, mmg dah byk variation & flavor... green tea & mint flavor pun ada, but my fav r caramel, jalapeno & plain. S'times parmesan & onion & sour cream pun ok gak.


04-06-2007, Mat Gebu komen :

Hmmm...dah lama tak buat roti....rindu pulak....boleh leer cuba2 resipi alma nie....


04-06-2007, Delila komen :

teringat kedai pretzel kat LG klcc....sebelah italian tomato...dah tutup kedai tu....pretzel dia sedap sangat...cicah ngan caremel....


09-06-2007, Lilydvalley komen :

alma... sorry yek...baru ari ni baca btul2... biasanya kita kluarkan gas after the dough has rise. Yg ni, tak payah tumbuk2 kluarkan angin la ya? terus aje divide into small portion & shape it. tp, dlm step 4, kena tunggu naik lagi...hhmmm...


09-06-2007, alma komen :

ha-a lily, xyah knock-down right after kuor dr breadmachine...i trus potong kecik2.


15-06-2007, Lilydvalley komen :

zaliana...u dah buat ya?? i lum sempat lagi la... wknd ni kena buat la. adoi...nak balik umah my mom lagi, nak pegi umah PIL lagi...ishk!


15-06-2007, alma komen :

wat le lily, kn u ada breadmaker, cmpak je bhn2 dlm mesin tu, psg niat jer utk nguli, tp kerjanya mesin yg watkan hehe. pretzel kt umah i ni dh jd cam kuih jemput2, slalu wat sbb org2 umah suka sgt mkn!


15-06-2007, Lilydvalley komen :

hehehe...leh pasang niat aje & tepung tu blh masuk sendiri tak alma? itula alma...yg nak mknnya i ngan hubby aje...itu yg slow sikit nak buat.


15-06-2007, zaliana komen :

liliy..saya buat last week..pretzel gempal..lain kali nak uli kecik2 sikit. pastu bakar terus bagi dia ada body shape sikit.. he he


11-12-2007, mamamok komen :

kalau takdek breadmachine... mixer biasa tu boleh tak?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu