Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Rojak Buah Panggilan Pulau

 Submitted By On 02 June, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Resepi cafe....Ciptaan suami..

Ingredients
  • KUAH ROJAK
  • 20 tangkai cili kering (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan brown sugar
  • Belacan sebesar ibu jari (dibakar)
  • 5 sudu besar otak udang
  • 5 sudu besar sos tiram
  • Sebotol kecil kicap lemak (saya guna cap tamin)
  • Garam dan bijan secukup rasa
  • BUAH
  • Nanas
  • Jambu air
  • Timun
  • Sengkuang
  • Mangga/pauh muda
  • Kedondong
Instructions
  1. Rendam cili dgn air panas kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.Bakar belacan hingga naik bau.

  2. Kisar cili, gula pasir, brown sugar, belacan, otak udang, sos tiram dan kicap bersama air hingga betul-betul halus.

  3. Masak bahan kisar ini di atas api kecil hingga pekat dan licin.Hendaklah sentiasa mengacaunya utk mengelakkan ianya menjadi gula hangus.Tambahkan air jika perlu.Tambahkan garam secukup rasa.Bila sudah pekat tambahkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak.Boleh lah dia angkat dan di biarkan sejuk.

  4. Potong buah mengikut citarasa anda.Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kuah rojak yang telah sejuk.Taburkan kacang tumbuk jika suka.Sedia dihidang.

  5. NOTE : Kuah rojak ini boleh juga dibuat kuah utk sotong kangkung.Simpan kuah rojak ini di dalam peti sejuk.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All