oleh: nurleen mee campak

Meecampak

resipi dari maklong, ringkas dan mudah..bahan-bahan pun mudah didapati


Created on : 13-08-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 600 gm atau sekati mee kuning
  • 200 gm udang sederhana besar..kalau tak makan udang boleh ganti dengan ayam atau daging
  • 100 gm sawi (kalau suka banyak boleh tambah)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air untuk jadikan kuah
  • Bahan untuk kisar:
  • 2 labu bawang besar dan 5 ulas bawang putih
  • Bahan untuk sambal kicap:
  • 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan 2 sudu besar gula pasir ditumbuk sekali dalam lesung batu. Kemudian tambahkan air perahan limau kasturi dan kicap manis...sure terangkat punye!

Cara-cara

  1. Basuh mee kuning tadi dan toskan
  2. Buang kulit udang..untuk senang makan. Kalau guna ayam atau daging, potong kecil
  3. Basuh sawi dan potong ikut saiz yang disukai
  4. Kisar bawang besar dan bawang putih sehingga hancur
  5. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak atau kelihatan sedikit keperangan awas jangan sampai hangus pula!
  6. Masukkan air (biar lebih) dan biar mendidih...jika guna daging atau ayam, masukkannya sebelum masukkan air, biarkan daging tu kecut dulu baru masuk air
  7. Bila dah mendidih masukkan udang biar sekejap, masukkan pula kicap manis, mee, sawi dan secubit garam....gaul semua dalam 2 minit, boleh tambah air kalau terkurang kuahnya..jangan lupa tambah kicap dan garam untuk imbangkan rasanya
  8. Dah siap!, boleh la dihidangkan dengan sambal kicap..baru terangkat dan pasti nak lagi! Makan panas2, kalau budak2 makan tak payah la letak sambal kicap tu!

Tag

mee




Laporan Masakan Bergambar (8)

Mee
21-08-2006
memang terangkat!! cayalah..
Laporan oleh: yani
Imag1326
05-12-2006
Dah try dah.. mmg senang buat dia.. dah rasanye pon bes!! heheh..
Laporan oleh: Lys
Dsc03994
16-04-2007
bfast semlm...abiskan apa yg ada dlm fridge.kuah gelap skit coz t'lebih kicap.so simple yet sedap! thanks eh nurleen...
Laporan oleh: Ayu61279
Dscn2011
02-05-2007
mee campak resipi sendiri..for lunch td..kenyang sampai ke malam..
Laporan oleh: qirah75
Dscf4188_resize
29-07-2007
sedap dgn sambal kicap..tq
Laporan oleh: joayee
Mee_campak
23-08-2007
buat ni guna resepi lain skit pasal ikut je apa yang ada dlm fridge..tapi yang penting..campak jer....
Laporan oleh: sukamakanje
Mee
12-01-2008
Memang sedap.Thanks 4 d resepi (';')
Laporan oleh: begonia
Copy_of_image_019_
21-07-2008
nur....memang best...kasi pedas sket...trus terangkat..........
Laporan oleh: rizaida84

Komen (22)

24-08-2006, yati komen :

mudahnya saya akan cuba nanti


26-08-2006, nurleen komen :

tima kasih yani sebab dah cuba resipi ni dan upload gambar sekali. kepada yati.. selamat mencuba!


08-09-2006, admin komen :

Nurleen, saya letak gambar dr laporan masakan untuk resepi awak ni.. nanti bila nurleen dah masak tu, bolehlah delete gambar ni dan letak gambar sendiri.


25-09-2006, Sara komen :

Saya cuba dulu...nanti kita komen ye..


27-09-2006, emee komen :

semalam baru buat mee rebus......makan sama sambal kicap ngan bergedel daging...best.......makan masa berbuka.....suami saya x cakap banyak dah.....makan jer.....sedapla tu kot :-)


08-11-2006, zaharah komen :

Apa pasal namanya mee campak? saya akan cuba buat.


01-12-2006, Mat Gebu komen :

bukan setakat terangkat terapung di awang-awangan lagi...............


14-12-2006, watirah komen :

nampak macam sedap.nanti try masak untuk anak2 yang tgh selera makan .


06-02-2007, aie01 komen :

hmmm..nampak pun mcm sedap jer. sure anak i pun suka.insyallah wknd nie i buat.


17-04-2007, hzasabrina komen :

ayu punya mee dh mcm mee hailam la plak..sedap la bila nmpk udangnye..nk wat la mlm ni..itupun if bhn2nye ade kt p/sejuk..terliur la pulak..


01-07-2007, jey komen :

sedapnyer...teringat mee rebus ma kat kampung..huhu


27-07-2007, peekaboo komen :

kat baku ne..tak ada langsung udang nanti nak cuba pakai ayam atau daging...


31-07-2007, shima_2210 komen :

blik keje smlm br dpt wat. dah sekian lama nak cube. sedap la sambal pn sedap. cuma shima tukar sawi pd bayam jer pasal hari tu da beli bayam. takut layu plak pastu shima tambah 2, 3 jenis lauk serba sket. ape pun sedap n tq


09-12-2007, begonia komen :

Memang sedap. Baru lepas makan. Thanks Nurleen.


05-01-2008, guamusang2004 komen :

hikhik..resepi ni selalu mak sy wat masa kitorg kecik2 dulu tp dipanggil mee air jekkkk....


30-03-2008, liena06 komen :

Hmm..., sedap ni. Boleh bubuh crabstik dan pecah telur dalam kuah sebelum tutup api ni. TQ Nurleen...!!!


22-04-2008, nurin_ku komen :

senang jer nmpk.. nk try lah nnti..


29-05-2008, lara komen :

labu bawang aper tu?... kte bru blajor masok... sila la ajor yek..


29-05-2008, nor_67 komen :

maaf ya noreen nak tolong jawab tuk si lara ni.. labu bawang tu maknanya biji bawang.. kalau resipi kata 2 labu bawang = 2 biji bawang.. labu ni kira gantinama tuk bawang yg biasa org tua biasa sebut..


29-05-2008, nor_67 komen :

eh silap bukan noreen tp nurleen, ampun ya....


03-06-2008, manisnyermawar komen :

erk.. lara, saya tolon jawapkan ye.. labu tu untuk 2 biji bawang besar.. em.. nurleen.. sedap nyer mee campak awak.. suami dan anak2 suke sgt.. terima kasih utk resepi..


21-07-2008, makcik nadia komen :

sesuai untuk org bujang... yang nak diet pun okay tau..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu