Google+

oleh: NisaMPB Nagasari

Dsc01388_copy

Sehingga kini kuih zaman nenek2 kita dulu masih laku, paling senang nak membuatnya.


Created on : 30-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi NisaMPB




Bahan-bahan ( 12-15 biji )

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
  • Daun pandan, disimpul
  • Daun pisang secukupnya

Cara-cara

  1. Dsc01380_copy
    1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.
  2. 2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.
  3. Dsc01378_copy
    3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.
  4. 4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.
  5. Dsc01383_copy
    5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.
  6. 6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan
  7. Dsc01386_copy
    7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.
  8. **Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

Tag










Laporan Masakan Bergambar (5)

11-05-07_1933
30-05-2007
ni tepung bungkus...tapi org panggil nagasari gak...apa pun mmg sedap..lemak santan dia leh wat kita asyik nak makan je...tapi awas ngan kolestrol...kikiki...sedap kak nis...tapi del bubuh inti kelapa yang di masukkan ke dalam tepung pulut..
Laporan oleh: Delila

macam2 kuih boleh diolahkan...sedap nmpk!

Nagasari
12-06-2007
mmg x pyh buat manis sgt....sbb pisang tu dah cukup manis...tq..sedap lerrr
Laporan oleh: syahmi

tenkiu syahmi krna mncuba, steady lah aku!

Nagasari
04-05-2008
Guna pisang nipah sedap...
Laporan oleh: che'iza

eh yer ker che'iza? ok nnti i nak terai pisang nipah pulak.

Photo656
14-04-2009
Nie nagasari diperantauan xdak daun pisang, buat dlm loyang je. Sdp sgt, lemak & lembut. Tqvm pade Nisa 4 d recipe.
Laporan oleh: nora_kai
Nagasari
26-05-2009
Salam Nisa, sedap, pebret kami sekeluarga nagasari ni.. tq 4 da rcp!
Laporan oleh: as75

Komen (12)

30-05-2007, yana komen :

cam sedap jer... nisa kalau kat tempat yana, ada kuih cam ni gak...bezanya inti tu tukar dgn inti kelapa. mcm inti kuih ketayap gitu, cuma tambah tepung pulut skit dlm intinya. nama nya tepung bungkus...


30-05-2007, umi_e komen :

nisa.... dah bertahun2 umie tak makan nagasari :(( waaaaaaaaaaaaaaaaaa terliurnya!!! Del..., Yana... yang you all sebut tu namanya tepung bungkus yang nisa letak ni memang nama dia nagasari dan dahtentunya benda dan nama berbeza ;)


30-05-2007, NisaMPB komen :

cian umi, nnti balik esok boleh lerr terai macam2 kuih2 lama ya. kalu kat sini semua bahan boleh dapat, tutup mata jer hehe. yana & del, stahu k.nis nagasari ni, memang asalnya tepung beras & banana, no tukar2, kalau dah tukar tepung & inti tu dah lain namanya. hmm..rambut sama itam hati lain2, inti pun lain2 hihi...tapi tak per asal boleh ngap & sedap sudah lerr..


30-05-2007, abi komen :

nisa..............nak tanya ler...daun pandan tu utk apa..


30-05-2007, NisaMPB komen :

abi, daun pandan tu diikat & digaul brsama bahan2 yang dikacau diatas api, fungsinya ialah untuk mewangikan lagi aroma tepung beras tadi.


26-06-2007, skyati komen :

nagasari memang sedap.. masa skyati gi Jepara awal tahun aritue, inilah yang skyati carik2.. perghh.. sekali jumpa, 5 sekali aku rembat.. sampai sedara2 sana tanya, kat Malaysia takde ke kuih nee? hahaha malu haku!


14-03-2008, babybunny komen :

my mum wat die letak nangka yg direbus dlm air gula...sedap gile...


04-05-2008, cik Mazs komen :

emmm...yg ni nagasari.yg rupenye cmni gak dlm die ade cm de tpung bulat berinti kelapa manis..tu nme die pe? da lme cri rsepi...sdp..


16-02-2009, mamadania komen :

uiihhh sedapnyer... kuih fav ni. xdak daun pisang kt sini nk buat.. aroma dn pisang tu la menyedapkan lg kuih ni.


30-09-2009, idrawatimarlan komen :

dah try kuih ni sedap tapi ida buat terlembik sikit lah


11-04-2010, zanarashid komen :

hu...... penat cari resepi ni satu malam....nagasari nama kuih ni rupanya laki aku teringin nak mkn kuih ni.... aku pulak igt2 lupa lak.... Alhamdulilah bolehlah aku wat tq nisa.......


24-04-2010, hamimah haron komen :

dah lame mengidam nak makan nagasari.. susah betul nak cari kat pasar skarang tq cos ade resepinye... bolehla try


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd