oleh: alma Kek kastad

Kek_kastad2

sesuai utk sebarang masa, sedap, ringkas dan unik!


Created on : 28-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Kastad:2 sdb tepung/serbuk kastad
  • 2 sdk gula halus
  • 175 ml susu segar sejuk
  • 1 1/2 sdk esen vanilla
  • Kek:100g gula halus
  • 100g butter
  • 2 biji telur
  • 60 ml susu segar
  • 100g tepung serbaguna
  • 1 1/2 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 50g tepung/serbuk kastad

Cara-cara

  1. Sediakan kastad: Campurkan susu dgn tepung kastad dalam periuk. Panaskan atas api dapur dan sentiasa kacau hingga ia membeku. Bila dah beku & masak, tutup api dan angkat dr dapur, dan terus masukkan esen vanila & kacau lagi supaya sebati vanila dan kastad. Sejukkan kastad tu dulu.
  2. Pukul butter & gula sampai berkrim. Kemudian tambah telur dan susu, pukul sampai sebati
  3. Ayak bersama tepung, baking powder, garam & tpg kastad. Masukkan campuran ini ke dalam adunan butter td. Kacau dgn spatula smpai sebati.
  4. Sediakan loyang kek springfoam (loose base) yg tepinya dialas dgn baking paper dan digris. Separuh adunan diletak dahulu dalam loyang, ratakan. Kemudian ambil kastad yg telah sejuk sikit tadi, kacau2 sket supaya tak berbuku2 then sapukan atas lapisan adunan kek. Buat di tgh2 sahaja (iaitu sapukan btk bulatan) yg kecil sket dr saiz kek.
  5. Kemudian masukkan baki adunan kek tadi dlm loyang. pastikan ianya menutupi kastad td. Ratakan bhg atas.
  6. Bakar kek hingga masak. Suhu ikut kebiasaan oven masing2.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (15)

28-05-2007, Delila komen :

akak tekstur dia mcm mana ye?lembab ke?


28-05-2007, alma komen :

erm...nk katakan lembab sgt tu tak gak. cam kek biasa tu je cumanya ada kastad kt dalam tu.


28-05-2007, Delila komen :

teringat kek kastard yang slalu belu time skolah dulu..nama kek tu HERO...penah dengar kak? kat luar dia salut coklat...


28-05-2007, Noreen komen :

nak tanya tepung serbaguna tu kalau tak ada boleh gantikan tepung lain ke?


28-05-2007, Lilydvalley komen :

noreen... u x de tpg serbaguna? tpg kek ada? selfraising flr ada?


28-05-2007, alma komen :

hihihi...dgn jayanye lily menanya :)... Noreen, leh jer gantikan dgn tepung gandum. kalau guna tpg kek/naik sdiri kang, xyah le boh b/powder, kang double counting kang, xsure kek leh jd caner...tpg gandum tu dh ok ^_*


28-05-2007, Noreen komen :

Lily, Alma ... kat sini tepung kek ada flavour tak ada yg plain. kalau self-raising flour adalah. jadinya i tak payah letak baking powerlah kalau guna self-raising flour? just to make sure sbb i nie bengong sikit hehehehe


28-05-2007, Lilydvalley komen :

noreen, tpg gandum biasa tak de ke? ooo...kat sana cake flr tu mcm cake mix flr ya...


28-05-2007, Noreen komen :

wah lily nie baguslah jadi assistant alma. kat sini semua tepung kek ada flavour tu yg senang ada macam2. tepung gandum berlambaklah.


28-05-2007, Noreen komen :

alma, lagi satu nak bakar berapa lama ngan berapa suhu?


28-05-2007, Lilydvalley komen :

ntah! aku lak jadi assistant si alma tlg jawab soalan2 u! hehehe... noreen, all purpose flr tu kira adik beradik ngan tpg gandum biasa la. kalo kat m'sia ni kira mcm tepung gandum cap wau atau cap sauh atau blue key.


29-05-2007, alma komen :

kehkehkeh,,baguih2 Lily, jd PA i sat no; bz ssngt this wk! Noreen, try guna self-raising flr/cake flr tp jgn bubuh baking powder, sukatan yg sama...think sama je. Kalau ada tpg gandum ok lah, guna je ler. Bakar brp lama? Oven i mereng, xlak set timer masa bakar tu....i bakar 170C, once atasnye dah golden gitu masak lah (cucuk dgn cake tester tu; bakar dalam 40-50min gitu).


07-08-2007, anessa_daneea komen :

nesa nak resepi kek kasted creamer ada tak?


14-08-2007, shima_2210 komen :

rasa mcm nk buat jer ari nie. kek HERO tu my feveret masa sek rendah smpi ler sek menengah. rupenye tu kek kasted. bile del mention kek hero dh tau blh bygkan rasa kek ni. mesti sedap


15-08-2007, shima_2210 komen :

dh berjaya buat dah kek nie smlm. mmg sedap pn. mengimbas nostalgia masa sek. tq alma


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu