Google+

oleh: Mat Gebu Seri Kaya Karemel

Abcd0009

Resipi asal dari Pn. Norazlina Nordin. Saling tak tumpah macam resipi seri kaya "Nyonya Peranakan".


Created on : 27-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )

  • 3 biji telur Gred A
  • 300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok)
  • 240 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • UNTUK KAREMEL:-
  • 60 g gula pasir
  • 125 ml air panas

Cara-cara

  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Tag









Laporan Masakan Bergambar (2)

Image148
28-03-2008
siap masak terus mkn dgn toast + butter. yumm, sedap walaupun tak cukup bahan (tak de daun pandan). thanks for the recipe. :-)
Laporan oleh: azareena
P1020344
08-06-2010
slm..dah bnyk kli wat...ccah ngan pe2 pon dap.
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (6)

27-05-2007, eleven komen :

mesti sedapkan.....


27-05-2007, Mat Gebu komen :

memang sedap sama mcm rasa "kaya gardenia"...tapi tak leh leer makan selalu...serammmm sebab manis.


27-05-2007, syahmi komen :

dah agak dah...mesti manis punyer...sebab berkilat..


28-05-2007, Mat Gebu komen :

biasalah syahmi....seri kaya memang manis...kalau tak mana tahan, tapi kalau nak kurangkan gula boleh juga kot. Lagi satu kalau nak makan jgn leer sapu tebal2 , sapu nipis sudah cukup.


02-09-2011, DASS komen :

i dag cuba resipi ini memeng best.sedap.


24-04-2012, anacuppies komen :

da try resepi ni..alhamdulillah sedap hubby suka..pasni xyah beli kt kdai lagi..terima kasih kerana bkongsi resepi..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu