Google+

oleh: Aida Zakaria Penang Char Kway Teow

Img_20121117_080903

Simple & sedap. Boleh modify goreng basah/kering. :)


Created on : 17-11-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Aida Zakaria




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling/cili boh pun ok
  • 1 cawan air rebusan udang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh petis udang
  • 1 peket kway teow (jenis halus)
  • Daun kucai (ikut suka)
  • Taugeh (ikut suka)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur gred A
  • Garam secukup rasa
  • 15 ekor udang sederhana :)

Cara-cara

  1. Air rebusan udang: Sediakan dahulu air rebusan dgn 1 cawan air digunakan utk merebus udang + 1 sudu teh garam.
  2. Pes cili: Tumiskan bawang merah (tumbuk) & cili giling. Setelah pecah minyak, masukkan air rebusan udang tadi + sos tiram + petis udang. Renih hingga pekat. Kalau nak kway teow yg basah, air rebusan tu boleh lah letak lebih & tak perlu renih sampai pekat. Tambahkan sedikit garam. Dah masak, boleh lah ketepikan dahulu.
  3. Kicap: Campurkan kicap pekat + kicap manis. Gaul sebati.
  4. Cara memasak: Tumiskan bawang putih (tumbuk) hingga naik bau. Masukkan udang & goreng seketika. Ambil sedikit pes cili & gaulkan. Tambahkan kway teow & kacau sebati. Masukkan daun kucai & kacau lagi. Tambahkan pes cili + kicap secukup rasa & kacau lagi hingga warna & rasa sebati. Ketepikan sedikit & masukkan telur. Setelah telur agak masak, gaulkan dengan kway teow. Masukkan taugeh & kacau. Gunakan api yg besar sepanjang memasak.
  5. Siap & sedia utk dihidang dengan cili jeruk jika suka. Selamat mencuba :)








Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc04366
21-03-2013
salam aida, wat num ptg..sedapp!.. mekasih ya :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (2)

17-11-2012, Farisha1106 komen :

Nak tanya air rebusan udang tu pakai masa bila? Sbb tgok cara2 memasak takde pun bab air rebusan di masuk masa bila :) Suami slalu sebut penang char keaw teaw tapi saya tak reti nak buat. Ni dah dpt resepi teringin la plak nak buat :)


21-03-2013, sri bidayu komen :

mcm best jerrr....nk try lah ..mmg favorite kot penang char kway teow ni...mkn kt kedai x puas...dah ada resepi ni ...senang lah ...makin tembam lah sy ..hehehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu