Google+

oleh: Farisha1106 Bingka sagu

539456_10151476250159152_646671897_n

Assalamualaikum..saya orang baru kat sini. Bukan pakar tapi memang suka baking and cooking. Salah silap mohon tunjuk ajar. Resepi ni dari mak saya. Selamat mencuba. Tapi memang sedap.kegemaran suami. :)


Created on : 06-11-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Farisha1106




Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 3 cawan tepung ( plain flour)
  • 2 1/2 air
  • 2 cawan santan ( saya pakai 2 packet santan instant)
  • 1 sudu makan mentega / margerine
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1 cawan gula ( boleh tambah atau kurangkan.bila adunan sebati boleh rasa manisnya)
  • 3 sudu makan susu manis ( jika perlu)
  • 2 cawan sagu yg telah di rebus dan di buang airnya
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Campur kan semua bahan kecuali sagu
  2. Bila sudah sebati masokkan sagu dan gaul lagi (jgn lama ala kadar sahaja takut sagu jadi hancur)
  3. Masokkan ke dalam acuan/loyang yang telah di sapu mentega/margerine
  4. Masukkan ke dalam oven dengan kepanasan 180 deg api atas bawah. ( dalam masa 30-40 minit).Bila dah nampak permukaan atas masak dan berkerak boleh tutup api atas dan tunggu lagi kira-kira 5 minit. Gunakan lidi.jika tidak melekat ok la tu masak la hihihi. Selamat mencuba. .dan terima kasih
  5. Kena tunggu sejuk baru dapat hidang sebab bila panas dia masih lembek dan tak boleh di potong :)








Laporan Masakan Bergambar (1)

310110_10151476294909152_1393704090_n
06-11-2012
Selamat mencuba
Laporan oleh: Farisha1106

Komen (9)

07-11-2012, marryanne komen :

Hai Farisha .....terima kasih sbb share resepi ...rasa macam nak cuba,nnt saya bagi report


07-11-2012, Farisha1106 komen :

Thank u marryanne.. Kalau dah cuba share pic k *wink


07-11-2012, Farisha1106 komen :

Thank u marryanne.. Kalau dah cuba share pic k *wink


07-11-2012, ersha_87 komen :

salam...nk tye...tang sagu tu gne sagu yg bsar or yg kecik tu..then texture sagu yg di rebus tu nk yg cmne..lau rebus lme kn sagu tu akn melekit2..lau rebus jap xmsk..or sagu tu jdikn sparuh msk ke cmne...sy xfhm tang sagu je...hrp jelaskn erk..thx..


07-11-2012, Farisha1106 komen :

Waalaikumsalam ersha. Sagu yg sedang besar or besar pun boleh dear. Sagu tu masa rebus boleh tgokkan dia mcm putih transparent or not.kalau masih ada putih mcm beras lum masak dear.tapi if majoriti sagu tu dah transparent and ada A few je putih angkat je dear. Main agak2.takpe next time i buat will tgok brapa minit saya masak sagu tu k. Dia memang akan meleket dear tapi make sure bentuk dia masih ada biji2 that should be ok sbb bila di masuk dlm adunan dia akan becerai bila di gaul. :) hope this helps dear


07-11-2012, ersha_87 komen :

owh....cmtu....ok2...thnx erk...t r nk try wat...lau sagu tu xjadi, jgn slhkn sagu tp slhkn org yg rebus sagu tu.hahaha


07-11-2012, Farisha1106 komen :

Ersha: comel la plak statement tu hihihi


07-11-2012, moonbug komen :

eh eh.. comel n menarik. klu tmbh pes pandan ok x rasa nye? mmg minat bingka2 ni :)


07-11-2012, Farisha1106 komen :

Moonbug: tak pernah cuba lagi perisa pandan dear hmm agak2 rasa mcm kuih bakar kot hihihi.tapi why not bila u cuba boleh la tau rasa dia mcmana.nanti bila buat lagi will try with pandan paste jugak la. Tq dear kalau dah cuba jgn lupa share k :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu