Google+

oleh: aisyaalaziz cream puff mudah

424591_417405138318023_518432677_n

Dulu puas cuba buat cream puff, selalu yang dibuat asyik tak menjadi jer sampai kadang rasa fedup..tapi hasil usaha akhirnye berjaya juga.. sesuai dimakan bila2 saja..sebab cream puff ni kegemaran sha..:)


Created on : 18-10-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi aisyaalaziz




Bahan-bahan ( )

  • 1cawan air
  • 1/2 cawan mentega or marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sos kastard:
  • 1 cawan susu cair or susu tepung
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan gula makan

Cara-cara

  1. Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api.
  2. kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat pada periuk. Keluarkan.
  3. 051020122961
    Dalam bekas lain, doh tadi masuk sebiji demi sebiji telur dan kacau sehingga sebati sehingga semua habis.
  4. Masukkan esen vanilla, kacau sebati sehingga likat.
  5. Setelah selesai masukkan bahan PUFF tadi ke dalam piping beg, dan picit kan ke atas dulang pembakar yang sedia dialas kertas foiled atau disapu butter.
  6. Picitkan dalam kaedah meninggi, jika melebar, setelah masak puff itu kan menjadi leper. Masukkan ke dalam oven, dalam suhu 200c selama 20minit, atau setelah kelihatan perang dan mengembang
  7. Sos kastrad: Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga likat.
  8. Proses: Setelah puff masak, belah di tengah puhh separuh sahaja dan picit kan cream kastard di lubang tsebut menggunakan piping beg.

Laporan Masakan Bergambar (1)

Cream_puff
03-05-2014
alhamdulilla 1st time wat menjadi..skrg wat meniaga plak cream puff ni
Laporan oleh: intan_alieyza


Komen (8)

18-10-2012, Cahaya Haruman Kasturi komen :

salam..maaf ye komen xrlated dgn post...nk ty mcm mana nk upload recepi dalam ni?(dah daftar).. maaf la masih baru..


19-10-2012, fubai komen :

sis, x paham la arahan no 3. doh tepung tu dah kuarkan ke bekas lain, pastu masukkan telor ek? apsal x masukkan je telur dlm periok tu? nape yer sis buat camtu?


19-10-2012, tatai1 komen :

akak tlg jwb eh.. fubai no. 2 tu pakai periuk utk masak tepungnya. no. 3 alih ke dlm bekas lain utk pukul telur n doh. klu dlm periuk susah sikit la nak dipukul. apa yg akak buat selalu - masuk kan doh dlm mixer gunakan k-beater utk pukul then masuk kan telur 1 per 1.


21-10-2012, aisyaalaziz komen :

adik tatai: yup kak wat asing senang nak kacau, coz dalam periuk takut telur jadi masak, law nak kacau dalam periuk pn boleh cume pasi kan sejuk dulu la periuk tu takot telur tu masak la nanti.. ni bagi yang malas nak kluar kan hand mixer or takde mixer boleh guna cara manual..guna tangan je..


21-10-2012, aisyaalaziz komen :

tatai, kacau ngan spatula or senduk kayu.


21-10-2012, aisyaalaziz komen :

cahaya haruman kasturi: mase mula2 log in die kan terus ke bhgian resipi baru, glosari , laporan..tekan kat resipi baru, then ley masuk kan resipi, tp bce arahan taw, coz y myresipi ni pening cket.


29-06-2013, asyieraamiera komen :

salam kak nak tanya. kenapa puff sy tanak meninggi bila letak dalam loyang ke apa. then texture sy mcm cair sikit padahal dah ikot betul sukatan yang akak punya. then kalo terlebih tepung jd keras sikit bila bakar kan. na kene tambah air ke atau air campur butter yang kita panaskan tok kasi dye kurang keras?


03-05-2014, intan_alieyza komen :

alhamdulillah menjadi even 1st time wat..fav saya & ank2.skg ney saya jual cream puff hasil resepi awk..tq sgt2..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd